Entry Blog Yang Paling Dicari-cari



Saya tak pernah terfikir nak jadikan blog ni macam blog SEO. Iaitu cenderung kepada carian-carian rawak oleh pengguna-pengguna enjin carian seperti Google, Yahoo!, Bing dan sebagainya. Mula-mula dari cerita pasal ukur bangunan kemudian dah tak ada tajuk nak tulis terus meraban ke tajuk-tajuk pelik.

Kat bawah adalah entry yang menjadi pilihan dalam blog ini berdasarkan ranking:
  1. Cara-cara render Sketchup guna V-Ray
  2. Kesan Selepas Menderma Darah
  3. Ukur Bangunan: Wujud Sebuah Profesion
  4. Cara Guna Dabi Layan Diri
  5. Syarat Kelayakan Menjadi Pelajar Ukur Bangunan
  6. Cara-Cara Bina Badan Yang Mudah Tapi..
  7. Trend Shopping Secara Online
  8. Peranan Sebenar Pelajar Ukur Bangunan
  9. Fakta Menarik Mengenai Kerajaan Mesir Purba
  10. Hello Kedai Dobi 

Selepas ni tak tahu dah macam mana nak pilih tajuk penulisan sebab dipengaruhi perkara-perkara biasa macam di atas. Tak tahu pula ramai orang paling nak tahu cara guna software Sketchup serta render model guna V-Ray. Yang tu pun Faisal Hafiz kawan saya buatkan. Kredit buat beliau sebab melayan karenah saya memaksa beliau tulis pasal tutorial tu.

Cerita pasal kedai dobi pun popular juga sebab ramai tak tahu cara guna dobi layan diri. Saya pun dulu macam tu juga ingat saya seorang je. Rupanya ramai lagi yang tak tahu tapi malu bertanya secara direct di kedai dobi tu sebab tak ada pun pegawai perhubugan atau kaunter pertanyaan.

Rujuk nombor 6. Paling buat saya nak tergelak blog saya ni adalah blog bina badan! Hulk Hogan akan jealous tengok blog ni dan dia akan tanya "Hang ni lagu mana boleh jadi instructor bina badan, aku tengok gemuk ja sekarang ni?". Nak buat macamana tahun lepas bina badan tapi bila body nak capai tahap Zul Ariffin dalam cerita Cinta Awak 200% terus jadi pemalas. Akhirnya otot collapse dan jatuh. Inilah bahana pujian manusia yang takda nilai pun di sisi Allah. Padan muka.

Yang lain-lain semua ok tapi sejak 2 hari berlambak budak-budak lepasan SPM menyerang entry berkaitan Building Surveying (BS) ataupun Ukur Bangunan. Biasalah time macam ni la mereka akan klik semua post berkaitan BS ni walaupun tak banyak saya letak kat situ. Semoga berjaya memilih pengajian selepas SPM. Cuba-cubalah dapatkan segulung diploma paling kurang sebab di luar sana sukarnya dunia. Tapi pada yang SPM tak berapa nak A pun, inilah ujian sebenar. Jika anda lebih berhajat nak bekerja maka lebih elok berniaga sendiri. Nak ulas pun tak cukup kuota kalau ulas dalam post sama jadi tunggu la pada post yang akan datang.

Sekian dari admin bssilver -Superman ;-)

Comments

Popular Posts