"Sabar" melayan karenah anak vs melayan ibu bapa
Hari ni peluang terakhir untuk saya mengisi post buat kali pertama dalam bulan Febuari 2015 ini. Macam assignment submission date pula. Tapi kalau tak buat begini alamatnya saya akan malas menulis. Bila malas menulis, malas pula membaca. Bila malas membaca, ilmu kurang. Bila ilmu kurang, jadi tak pandai. Bila tak pandai, jadi mundur. Bila mundur, adab kurang. Bila kurang adab, orang sakit hati. Bila orang sakit hati, orang doakan kematian kita. Bila doa orang teraniaya makbul, mati la jawabnya... bunyi macam pelik tapi kalau anda tak bersetuju pun tak mengapa..
Hari ini saya teringin nak menulis tetang hubungan kekeluargaan. Bukan senang nak bercakap perihal keluarga apatah lagi menulis mengenai anak-anak sedangkan si penulis belum berumahtangga. Sudah tentu sukar untuk mengulas tentang perihal mendidik keluarga.
"KENAPA TIBA-TIBA MENULIS TENTANG KELUARGA?"
Saya tahu amat sukar untuk pada mereka yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak untuk menerima apa yang bakal dibaca. Tetapi, saya tidak sesekali akan menggunakan lojik semata-mata ataupun bersifat mu'tazilah. Sebaliknya melalui pembacaan dan kuliah-kuliah yang dihadiri. Buku-buku Ustaz Pahrol Mohd Juoi juga banyak mempengaruhi kerana banyak sealiran dengan arus berfikir saya.
Seringkali kita mendengar penceramah ataupun pakar motivasi menasihati agar berbakti pada ibu bapa dan mendengar nasihat mereka. Berbuat baik pada ibu bapa adalah yang terbaik selepas taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Justeru diperingatkan akan berbuat baik bukan saja menyuruh tetapi juga menguatkan kita agar menerima ibu bapa kita seadanya.
Berbuat baik pada ibu bapa, hakikatnya tidak semua mempunyai ukuran yang sama kerana lumrah dunia semua manusia diuji dengan fitrah yang berbeza:
Ianya membuat saya terfikir. Alangkah kalau anak-anak muda yang baru berumahtangga dan masih bujang menyedari hakikat betapa pentingnya menjadi ibubapa terunggul. Jangan ditanya selepas itu kenapa anak kita tahu meninggi suara jika si suami isteri menengking satu sama lain ketika berkelahi. Saya mahu semua anak-anak akan datang mampu berbuat baik pada ibu bapa seperti dikatakan penceramah dan para ustaz. Terutama apabila ibu bapa tak perlu dikategorikan sebagai "ibubapa terlalu garang dan bermasalah".
Jadi, anak-anak yang hidup dalam keluarga bermasalah yang cemburu melihat pelajar cemerlang peperiksaan kerana "berbuat baik pada ibu bapa" dapat dielakkan bermula dengan belia sekarang yang mahu mendirikan rumahtangga. Itulah harapan saya. Harapan agar semua dapat berbuat baik kepada ibu bapa bermula dengan merancang untuk jadi ibubapa yang cemerlang.
Kemudian barulah ibubapa boleh berkata;
"Macam-macam saya dah buat pada anak saya Ustaz, dia tak mahu dengar kata. Sejak kecil kami didik dia tentang agama, solat, menunjukkan teladan kepadanya dengan tidak pernah meninggikan suara dan sentiasa muhasabah diri kami".
Sungguhpun saya berkata segala di atas, tak bermaksud anak-anak merasa ibubapa boleh dipersalahkan atas dugaan yang menimpa. Segala yang buruk dan baik itu sudah tertulis di Lauh Mahfuz dan takdir itu terpulang pada kita samaada menerima dengan redha dan beroleh pahala atau merungut sia-sia.
Saya dah ada anak ke? No. I don't have any. Bernikah pun belum sudah berangan. Piraahh..
Nak cakap macam tu pun boleh. Saya tak kisah. Sebab saya cuma nak tulis ringkas je. Itupun kalau anda nak terima. Sebab apa pula kita ibubapa kena bersabar dengan anak? Anak yang patut taat ibubapa bukan ibubapa taat dengan anak. Terpulang.
Analoginya, ada sebatang tiang disebuah padang rata yang luas di bawah terik mentari. Bagaimana jika tiang itu tegak lurus, sudah tentu bayang-bayang pun lurus. Kalau bayang-bayang bengkok, takkan tiangnya lurus? Bagaimana pula tiang bengkok, nak harapkan bayang-bayang lurus? Ibubapa adalah tiang dan anak adalah bayang-bayang, mereka saling berhubung.
Umpamanya lagi, pada yang sudah biasa dengan bahasa Melayu tentu sinonim dengan peribahasa "Bapak borek anak rintik" dan "Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?". Tidak lupa juga "Bagaimana acuan begitulah kuihnya". Harap-harap faham kalau tak faham buat-buat faham saja la sebab ini bukan saya cakap, nenek moyang kita yang bagitahu. Bangsa jawa boleh kira ke? Boleh la labu..
KESIMPULAN
Hakikat yang saya ungkapkan di sini adalah realiti kehidupan yang kita seringkali kita lupa ukur. Saya masih cuba memperbaiki diri dengan menulis kandungan hati saya dalam blog murahan ini. Biar tak mampu menulis buku pun, biarlah blog ini tanda saya berusaha sekurang-kurangnya. Sekarang sudah pukul 1 pagi dan saya baru publish, nampaknya bulan Mac ini saya kena gandakan usaha menulis disebabkan dah missed penulisan bulan Febuari..
Sekian dari admin bssilver - Superman ;-)
Hari ini saya teringin nak menulis tetang hubungan kekeluargaan. Bukan senang nak bercakap perihal keluarga apatah lagi menulis mengenai anak-anak sedangkan si penulis belum berumahtangga. Sudah tentu sukar untuk mengulas tentang perihal mendidik keluarga.
"KENAPA TIBA-TIBA MENULIS TENTANG KELUARGA?"
Saya tahu amat sukar untuk pada mereka yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak untuk menerima apa yang bakal dibaca. Tetapi, saya tidak sesekali akan menggunakan lojik semata-mata ataupun bersifat mu'tazilah. Sebaliknya melalui pembacaan dan kuliah-kuliah yang dihadiri. Buku-buku Ustaz Pahrol Mohd Juoi juga banyak mempengaruhi kerana banyak sealiran dengan arus berfikir saya.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Seringkali kita mendengar penceramah ataupun pakar motivasi menasihati agar berbakti pada ibu bapa dan mendengar nasihat mereka. Berbuat baik pada ibu bapa adalah yang terbaik selepas taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Justeru diperingatkan akan berbuat baik bukan saja menyuruh tetapi juga menguatkan kita agar menerima ibu bapa kita seadanya.
Berbuat baik pada ibu bapa, hakikatnya tidak semua mempunyai ukuran yang sama kerana lumrah dunia semua manusia diuji dengan fitrah yang berbeza:
- Ibu bapa berpendidikan - mereka amat prihatin akan perkembangan semasa dan kerjaya mereka membentuk sahsiah mereka dan mempengaruhi pentarbiahan (didikan) anak-anak.
- Ibu bapa Islami - tergolong dari kalangan para ustaz dan lulusan agama. Sangat mementingkan didikan agama anak-anak sejak kecil.
- Ibu bapa pertengahan - Seperti masyarakat biasa. Ibu bapa menjalankan pekerjaan rutin dan mendidik anak secara fitrah. Kekadang marah kesalahan anak dan ada masa bergurau dengan mereka.
- Ibu bapa terlalu garang- mempunyai kesukaran menahan amarah. Mudah marah dan seringkali memukul anak kecil yang melakukan kesalahan mudah dan kadangkala tidak munasabah.
- Ibu bapa berpisah - Bermasalah juga. Duduk berjauhan dan antara satu sama lain sukar menjaga kebajikan anak kerana rumah berasingan dan jarang bertemu.
- Ibu bapa bermasalah - Kaki pukul, terlibat jenayah dan aktiviti tidak sihat. Rumahtangga bergolak dan anak-anak membesar dalam keadaan tertekan.
- Ibu bapa tegas dan mengongkong - Memastikan mereka hanya belajar dan belajar siang malam. Anak tidak dibenarkan menunggang basikal dan sbg. dan bermain bersama kawan-kawan walau depan rumah. Sentiasa membandingkan anak sendiri dan orang lain dari segi pencapaian akademik dan sosial.
- Ibu bapa bebas - Memberi segalanya kepada anak hatta duit dan harta. Tidak masuk campur dalam urusan pergaulan anak seharian.
Jadi, anak-anak yang hidup dalam keluarga bermasalah yang cemburu melihat pelajar cemerlang peperiksaan kerana "berbuat baik pada ibu bapa" dapat dielakkan bermula dengan belia sekarang yang mahu mendirikan rumahtangga. Itulah harapan saya. Harapan agar semua dapat berbuat baik kepada ibu bapa bermula dengan merancang untuk jadi ibubapa yang cemerlang.
Kemudian barulah ibubapa boleh berkata;
"Macam-macam saya dah buat pada anak saya Ustaz, dia tak mahu dengar kata. Sejak kecil kami didik dia tentang agama, solat, menunjukkan teladan kepadanya dengan tidak pernah meninggikan suara dan sentiasa muhasabah diri kami".
Sungguhpun saya berkata segala di atas, tak bermaksud anak-anak merasa ibubapa boleh dipersalahkan atas dugaan yang menimpa. Segala yang buruk dan baik itu sudah tertulis di Lauh Mahfuz dan takdir itu terpulang pada kita samaada menerima dengan redha dan beroleh pahala atau merungut sia-sia.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
BERSABAR DENGAN ANAK
Saya dah ada anak ke? No. I don't have any. Bernikah pun belum sudah berangan. Piraahh..
Nak cakap macam tu pun boleh. Saya tak kisah. Sebab saya cuma nak tulis ringkas je. Itupun kalau anda nak terima. Sebab apa pula kita ibubapa kena bersabar dengan anak? Anak yang patut taat ibubapa bukan ibubapa taat dengan anak. Terpulang.
Analoginya, ada sebatang tiang disebuah padang rata yang luas di bawah terik mentari. Bagaimana jika tiang itu tegak lurus, sudah tentu bayang-bayang pun lurus. Kalau bayang-bayang bengkok, takkan tiangnya lurus? Bagaimana pula tiang bengkok, nak harapkan bayang-bayang lurus? Ibubapa adalah tiang dan anak adalah bayang-bayang, mereka saling berhubung.
Umpamanya lagi, pada yang sudah biasa dengan bahasa Melayu tentu sinonim dengan peribahasa "Bapak borek anak rintik" dan "Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?". Tidak lupa juga "Bagaimana acuan begitulah kuihnya". Harap-harap faham kalau tak faham buat-buat faham saja la sebab ini bukan saya cakap, nenek moyang kita yang bagitahu. Bangsa jawa boleh kira ke? Boleh la labu..
KESIMPULAN
Hakikat yang saya ungkapkan di sini adalah realiti kehidupan yang kita seringkali kita lupa ukur. Saya masih cuba memperbaiki diri dengan menulis kandungan hati saya dalam blog murahan ini. Biar tak mampu menulis buku pun, biarlah blog ini tanda saya berusaha sekurang-kurangnya. Sekarang sudah pukul 1 pagi dan saya baru publish, nampaknya bulan Mac ini saya kena gandakan usaha menulis disebabkan dah missed penulisan bulan Febuari..
Sekian dari admin bssilver - Superman ;-)
Comments
Post a Comment
KOMEN