Cara-cara bina badan yang mudah tapi..


Jika anda seorang lelaki, tercari-cari akan jati diri dan kekuatan sejati dalam diri maka anda perlu berhenti dan luangkan masa beberapa minit bersama saya dalam coretan saya kali ini. Ini bukanlah sebuah iklan ubat penguat lelaki ataupun toko jamu tapi satu santapan minda yang akan membuatkan benak fikiran anda reboot seketika..

Teringin atau tidak untuk memiliki tubuh badan dan tegap dan maskulin diikuti mental yang cergas lagi dihormati kawan mahupun lawan. Poster diatas memiliki apa yang anda inginkan. Walaupun kartun tu tak tutup aurat tapi saya tak tahu mana sumber lebih baik. Ini saya cedok dari 9gag.com tah dari sape2 admin.

Kalau perasan, semua senaman diatas menumpukan kepada kekuatan abdomen dan lengan betul tak? Apa yang penting bahagian ni? Sebenarnya ia menyediakan anda satu keadaan dimana tubuh anda bersedia untuk mempertahankan diri andai diserang ataupun sebagainya.

Sebagai seorang lelaki, amat penting untuk anda memiliki otot yang kental dan kuat. Barulah anda dikatakan sebagai jejaka idaman. Jangan lupa amalan solat dan lain-lain amalan sunat pulak kalau tak, tak berguna pun otot kental mana pun. Tetapi sejauh manakah kepentingan memiliki tubuh badan yang kental bagi seorang lelaki?

SITUASI 1:

Amin berjalan bersama isterinya di sebuah pusat komersil. Tiba-tiba datang 2 orang warga asing merampas tas tangan isterinya dan melarikan diri. Seorang lagi pula mengacukan pisau sebagai tanda amaran lalu turut melarikan diri seberapa ketika. Amin menyesal kerana dia kelihatan sugul didepan wanita yang sepatutnya dia lindungi. Saiz tubuh dan otot yang kecil membayanginya ketika berdepan dengan penyamun.

Amin seharusnya sudah tahu marabahaya ketika di pusat komersil. Dia sepatutnya kelihatan meyakinkan dari segi fizikal mahupun rohani. Dengan tubuh dan otot yang ideal, dia ada kemungkinan untuk mengelakkan daripada penjahat-penjahat merapati kerana tahap kecergasan mangsa merupakan pertimbangan pertama sang penjahat.

Tapi sekarang saya sedang berusaha juga nak membina otot ni. Ada lah usaha sikit dan ada member-member yang perasan pertumbuhan fizikal yang saya alami. Nasib baik bukan makin gemuk sebaliknya otot dan kecergasan meningkat. Ada banyak alasan untuk saya bentangkan kenapa saya tiba-tiba rajin cerita pasal senaman tubuh di sini. Salah satunya kerana dulunya saya pernah menyaksikan seorang lelaki dibelasah oleh seorang yang lain dengan melulu. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana si pengerja tersebut memiliki tubuh yang lebih meyakinkan manakala saya ketika itu hanya sederhana. Masyarakat lain hanya memerhati.

Justeru itu, saya terfikir kalau nak jadi superhero kenalah bersedia bukan sahaja mental yang bijak, tetapi tubuh kena bersedia andai hendak membantu pada perkara-perkara yang melibatkan gangsterisme, sosialisme dan juga jenayah biasa. Kalau berlaku depan mata betul-betul tetapi daya tidak ada maka confirm perkara itu akan menghantui kita. Sekian- Superman ;-)

Comments

  1. Thanks bro kongsi tips ni. Kami mohon share dalam forum komuniti ya. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts