Hello Kedai Dobi
Sejak bergelar penganggur ni, perangai pemalas makin menjadi-jadi dengan twisties..tapi ini bukan salah keropok berbentuk kartun Simpsons tersebut, ianya adalah masalah seketul daging dalam hati saya yang digelar hati. Tudiaa...serupa penceramah la pulak..
Masa entry ini ditaip saya sedang berada di kedai dobi layan diri 24 jam di Johor Bahru. Aih..duduk kat rumah parents pun kena pergi dobi jugak ke? Inilah natijah daripada mesin basuh rosak dekat seminggu..nasib baik la ada WiFi kat sini, boleh juga si pemburu angan-angan menaip warkah pujangga di dalam blog Tabir Hidup ini.
Masa zaman belajar dulu tak pernah rasa akan guna mesin basuh layan diri. Sekali bila terkena rumah halaman baru la terhegeh-hegeh nak guna mesin basuh kat kedai dobi ni. Sebab masa di kolej kediaman dulu pun biasa basuh sendiri pakai tangan. Orang rajin la konon. Tapi kerajinan itu bukan di rumah sendiri.
Cerita tentang kedai dobi saya nak cerita kisah yang baru je berlaku pada saya. Sudikanlah baca cerita di bawah ini.
Edisi Salah Nombor
Wanita Misteri: Hello, ini Kedai Dobi Mesra ke?
Saya : Hello..eh kedai dobi? Salah nombor ni.
Wanita Misteri: Eh, betullah nombor pada resit yang saya terima ni. Memang nombor ni.
Saya: Eh bukanlah..saya bukan kedai dobi.
Wanita Misteri : Ini Kedai Dobi Shah Alam kan? Betullah kedai dobi ni.
Saya: Betul bukan..saya kat JB pun. Saya bukan orang Shah Alam la.
Wanita Misteri : Eh takkanlah..kalau tak, kenapa mereka tulis nombor awak?
Saya : Hmm..saya tak tahulah tapi ni nombor saya. Salah nombor la.
Wanita Misteri : Ala..macam mana ni? Tapi saya punya baju kahwin ada kat dobi. Nak cepat.
Saya : (Pulak da) Eh, mana saya tahu. Awak pergilah kat kedai dobi tu?
Wanita Misteri : Tapi sekarang dah malam!
Saya : (Pening dah) Takpe awak pergilah esok pagi.
Wanita Misteri : Tapi esok lambat sangat.
Saya : (Mengapa harus aku) haha..saya pun tak tahulah..
Wanita Misteri : Awak pasti awak bukan saudara diorang?
Saya : Eh mestilah bukan. Saya tak kenal pun diorang.
Wanita Misteri : Ok tapi ini betul nombor ni?
Saya : Cuba awak baca nombor tu.
Wanita Misteri : Ok, 013-76XXXX7
Saya : Haa...kan betul nombor saya 013-76XXXX8. Kat hujung tu je yang salah. 7 ganti 8.
Wanita Misteri : Aaaaaa..! Hahaha... Sori tau! Maaf mengganggu tau.
Saya : Eh..haha takpe takpe..
Wanita Misteri : Maaf ya..habis tu siapa ni?
Saya : Urm...ni bukan siapa-siapa..err
Wanita Misteri : Oh ok sori ye.
Saya : Takpe-takpe..Ok.
Dah kenapa tiba-tiba semua benda berkenaan kedai dobi ni? Jadi nak bosankan lagi blog yang sunyi ni saya letak la satu lagi tutorial berkenaan menggunakan Kedai Dobi layan diri di entry akan datang. Kalau rasa penulisan saya makin membosankan..jawapannya adalah Ya..Sebab pertama malas membaca dan keduanya sebab jarang menulis. Sekian saja..haha
Ngek tol.la...punye pnjg...last2 slh nombor...hmmmm...malu mak..
ReplyDelete