Cara-cara render Sketchup guna V-Ray oleh Faisal Hafiz
Assalamualaikum dan selamat berbahagia (macam orang kahwin pula) kepada pembaca blog rasmi saya. Lepas balik dari JB ni rasa ringan pula kepala ni. Lepas dah minta restu mak dan ayah memang rasa like a new guy..haha. Habis la korang..(sape "korang" ni wahai admin?)
Lepas habis tempoh penderaan subjek Building Design 3 saya terus sedar bahawa dunia belum berakhir. Anggap je itu semua poyo dan tak kekal sampai bila-bila pun. Jadi say telah mengeksplore kegunaan Sketchup dengan bantuan Faisal Hafiz untuk mencipta "Tutorial on how to render Sketchup using V-Ray + Vismat Material". Dengan bantuan lelaki kacak ini, tutorial ini pun terhasil. Dimaklumkan juga jejaka ini single dan belum berpunya, rasa-rasa nak cari calon suami yang soleh tu saya rasa boleh try guna nama tersebut search dalam facebook ok.
CARA UNTUK DAPAT SMOOTH CURVE BILA RENDER
Curve tak cun
Circle yang dibentuk tidak menjadi curve dengan smooth.. ini mendatangkan kemarahan, jadi sebagai penyelesaian, right click pada line luar circle dan klik entity info dan tambahkan segment. Segment standard ialah 12.. tapi untuk lebih curve saya galakkan untuk menaikkan sehingga 48-68… jangan terlalu tinggi kerana masa render nanti akan mengambil masa lebih lama dari yang biasa, disebabkan oleh jumlah yang tinggi tersebut menjadikan faces lebih banyak, 1 faces 100 soften….
Perbezaan segment
Yang ni macam biasa la… yang student bs selalu buat… lepas tukar segment baru buat soften… around 80-90…
soften… around 80-90…
IMPORT VISMAT FILE DALAM MATERIAL
Setelah beberapa minit menyiapkan object untuk dirender, sekarang masa untuk import vismat.vismat ni tak perlu buat banyak editing sebab dia dah ready tune dalam website.. jadi kita perlu download saja material apa kita nak… vismats file boleh dapat di Vismats.com
Sebelum render pastikan jenis p’cahayaan kita nak guna samaada natural light (sun and shadow ) atau rectangular light dalam Vray.. pastikan banyak arah cahaya dari setiap sudut.. supaya pantulan dapat cache dalam vismat
IMPORT
Memandangkan terlalu banyak sangat material list untuk di cari saya ada sedikit tips untuk senang cari.. pertama klik bucket paint dan amek dan klik dimana material yang nak import… lepas tu ada highlight kat material list.. That’s the one…
Masa import dia automatic file type “VISMAT”
Vismat ni ada yang kita kena import terus... tapi bagi yang kena guna texture.. pastikan import as TEXTURE dulu.. dalam Material vray baru import vismat..
Contoh :
Klik Floor – file – import- gambar floor yang download dalam vismats – as texture
Lepas buat texture baru import vismat floor dalam Material Vray (M)
Begitu juga cara yang dalam mengimport material vismat yang lain…mudah dop ?
Then render
Final render vray + photoshop
Antara lain – lain Final render guna vismat
Rasa-rasa tu jela kan. Harap-harap kalau masih yang ak terang lagi cara penggunaan Sketchup + VRAY ni boleh la bertanya kat ruangan komen. Sekian dari Admin bssilver - Superman ;-)
kenapa waktu import file vismat materialnya malah hilang yah
ReplyDeletemne render nye???jenuh dh wat nie....
ReplyDeletemacamana nak buat tak faham
ReplyDelete