Pengalaman Belajar Master di UTM
Bismillahirrahmanirrahim...
Rutin sebagai seorang pelajar sejak berusia 6 tahun hingga kini berusia 24 tahun. Cuba kira dah berapa tahun dah saya belajar macam nak terjun gaung. 19 tahun tau. Tapi makin belajar makin rasa ilmu tak cukup. Makin teroka ilmu, makin banyak rupanya ilmu yang wujud tapi belum dimiliki. Alangkah jahilnya diri ini..
UTM. Apa tu? Rasanya semua orang rakyat Malaysia yang waras, baligh, cukup umur dan berpewatakan menarik serta mampu bercakap Melayu dan Inggeris dengan fasih ditambah dengan mampu beraksi di depan kamera dengan baik mesti tahu (macam nak cari pembaca berita pula).
Setakat dah sebulan menuntut jurusan master di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, memberikan seribu pengalaman buat saya yang macam rusa masuk pekan. Kalau dulu dah biasa cakap dalam bahasa melayu pasar dengan kawan-kawan kelas dan kuliah bahasa Inggeris disampaikan dalam bahasa Melayu oleh pensyarah, kini suasana itu sekadar memori. Semua itu berlaku sebaliknya. Cara saya tulis bajet study oversea kan? hmm..
Sekadar pendapat peribadi, agak kekok kerana semua kuliah disampaikan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dan segala perbincangan kumpulan yang melibatkan pelajar luar negara mesti dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Kerana sepatah haram foreigner tak nak belajar Melayu. Memang pemalas betul la foreigner ni. hehehe...
Tahap Konfiden
Pelajar di sini tak sama dengan masa saya belajar dulu. Mereka bercakap secara out loud dan lebih yakin menggunakan English walaupun grammar berterabur. Mereka tidak kisah menyuarakan pandangan di dalam kelas walaupun pensyarah sedang bercakap. Tetapi hanya segelintir. Mereka bolehlah saya samakan dengan pelajar Masscom di UiTM dulu.
Pensyarah
Pensyarah di sini ramai dari kalangan Professor dan Doktor Falsafah sesuai dengan statusnya sebagai Universiti Penyelidikan. So, kadang-kadang karakter pensyarah agak pelik sikit dan sempoi kadang-kadang tak tahu pun ada kuliah sebab sibuk dengan "Conference" dan "Research Paper Presentation". Harap-haraplah mereka tak tahu blog ni wujud...
Sukatan Master berbanding Degree
Dah sebulan saya belajar Master baru saya tahu apa itu Master. Beza dengan degree dan diploma dulu. Takkan sama pula kan? Bukan begitu, maksud saya objektif pembelajaran tu. Mereka nak kita fokus pada istilah dan falsafah. Bukan teknikal, bukan pengurusan, tetapi menjadi pakar strategi. Master mengajar saya mengatur strategi berbanding menguruskan sesuatu masalah.
Contohnya: Situasi Bumbung Bocor.
Kesimpulan jua
Seseungguhnya ilmu Allah itu luas...kita umpama mencelupkan batang lidi kedalam lautan luas kemudian jika diangkat semula dari air, maka air yang melekat membasahi hujung lidi itulah ilmu maksima yang kita boleh peroleh semaksima mungkin. Tetapi mengapa masih ada yang sesuka hati menghentam sesetengah pihak lain kerana tidak sealiran dengan kita? Ilmu kita ni sikit sangat tau.. k'mon la..
Sekian sahaja dari admin bssilver - Superman ;-)
Playbuzz.com - Macam ni la rumah idaman saya. Memang tiada kaitan dengan entry kali ni. |

- Diploma - akan ajar kita cara dan bahan untuk tampal. Bancuh simen sehinggalah teknik tampalan dan mengecat semula.
- Ijazah/ Degree - mengajar kita langkah-langkah untuk menyediakan laporan lengkap mengenai kerosakan dan mengatur pekerja untuk ke tempat kejadian. Langkah-langkah mengelak bocor diterapkan.
- Master - Bocornya siling berpunca dari sistem. Sistem pengurusan yang salah dan lemah mengakibatkan bukan bumbung saja bocor, malah kewangan dan fizikal aset bangunan tak stabil. Falsafah pengurusan dan istilah diperkenalkan. Hampir-hampir tak menyebut apa-apa tentang bumbung bocor.
Kesimpulan jua
Seseungguhnya ilmu Allah itu luas...kita umpama mencelupkan batang lidi kedalam lautan luas kemudian jika diangkat semula dari air, maka air yang melekat membasahi hujung lidi itulah ilmu maksima yang kita boleh peroleh semaksima mungkin. Tetapi mengapa masih ada yang sesuka hati menghentam sesetengah pihak lain kerana tidak sealiran dengan kita? Ilmu kita ni sikit sangat tau.. k'mon la..
Sekian sahaja dari admin bssilver - Superman ;-)
Mcm mana eh pakaian kuliah?
ReplyDeletepakaian kuliah cuma kasual. cukup berkasut berseluar panjang dan t-shirt berkolar
DeleteDi utm apa saja yang di pelajarkan ? aku nak kesana.
ReplyDeletebergantung pada tawaran diberikan.. engineering, management, accountancy, science dan banyak lagi. boleh rujuk laman web rasmi utm.my
DeletePaper exam dwibahasa ke or satu bahasa je?
ReplyDeleteexam dlm 1 bahasa je iaitu bahasa inggeris.
DeleteNak tanye,ramai tak yg kecundang tengah jalan masa ambil master?yelah,inikan utm..so,taraf nya tinggi kan?
ReplyDeleteklau amek master by taught course/ coursework, stakat ni alhamdulillah majoriti sume lepas.. asalkan dgr cakap pensyarah, sume jalan dgn baik
Delete
ReplyDeleteThe exam questions, susah tak? Mksudnya macam teruk tak untuk dapatkan A atau B+ dan ke atas? Sebab ini kan University top kan..
UTM ni memang susah ckit nak score tp ada je mahasiswa yg score. bergantung pd mahasiswa tu sendiri. kena rajin la ckit kan...
Deleteapa beza master taught course dengan master research?
ReplyDeletetaught course kena masuk kelas mcm biasa. ada quiz, test, assignment, thesis mcm biasa. mcm first degree n diploma dlu2 jugak. Research pulak takde kelas. Hanya melibatkan kajian yang kita buat berdasarkan tajuk yang kita pilih. Kena siapkan thesis yang dipanggil dissertation dan present kepada panel.
DeleteHai, hadir suport blog.TQ banyak info kat sini,btw jika ada perlukan bantuan utk kajian research ,saya RA sedia membantu:seperti mencari jurnal,kajian LR ,nak buat spss atau apa sahaja berkaitan thesis MBA ke boleh wsp saya 0166371460 (NURSING AREA JUGA BOLEH)
ReplyDelete