Peranan Sebenar Pelajar Ukur Bangunan di Malaysia


Selamat maju jaya dan semoga menghadapi hari yang terbaik pada semester yang dihadapi. Kata-kata ini saya tujukan khas kepada pelajar Ukur Bangunan di Malaysia. Penulisan saya di sini akan menyentuh tentang dilema yang dihadapi oleh seorang pelajar Ukur Bangunan yang masih baru mahupun akan bergelar graduan. Sama ada kita mahu terima atau tidak, Ukur Bangunan merupakan satu profesionalisme yang sukar untuk dibawa di dalam negara kita yang semakin terkenal dengan bangunan yang tinggi-tinggi.
            Pada 30 Januari 2011, satu isu berkaitan Ukur Bangunan telah dibawa masuk ke dalam media elektronik dan telah didedahkan kepada umum. Berita tersebut telah menyampaikan satu mesej yang mempersoalkan ke mana arah tuju seorang graduan Ukur Bangunan. Sebagai refreshing, perlu diingat bahawa bukan sedikit jumlah pelajar Ukur Bangunan di Malaysia. Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia malah tempat saya menuntut ilmu iaitu di Universiti Teknologi Mara juga adalah tempat melahirkan seorang Juruukur Bangunan.
            Juruukur Tanah (dikenali sebagai Sains Geomatik), dan Juruukur Bahan merupakan dua profesionalisme yang amat dikenali dalam industri binaan di Malaysia. Pelajar Ukur Bangunan di tempat saya sudah jenuh diserang dengan soalan yang mempertikaikan kredibilti dan fungsi Juruukur Bangunan oleh dua golongan pelajar profesional yang disebut saya tadi. Dari sinilah saya ingin memberi sedikit peringatan tentang PERANAN SEBENAR pelajar profesional Ukur Bangunan di Malaysia.
            Pada tahun lepas, saya telah menyertai satu geng fasilitator untuk menyelia beberapa kumpulan pelajar semester pertama di atas permintaan pihak IPTA dan saya dikehendaki untuk melatih kemahiran insaniah dan rohani di bawah projek CITU (Centre of Islamic Thought and Urbanization). Di situ saya telah menerima sekumpulan pelajar Ukur Tanah (Sains Geomatik). Selesai ber`taaruf’ dengan mereka, saya pula diasak soalan yang kerap saya dengar, “Abang, ukur bangunan ni sebenarnya apa?” Saya pula menjawab dengan penuh bangga tanpa segan silu, “Kalau nak tau, Ukur Bangunan ni merupakan satu profesion yang amat penting dalam bidang pembinaan. Bayangkan kalau bangunan nampak tak selamat, takkan nak panggil kontraktor balik, takkan nak panggil budak civil (tolong jangan marah yer..) plak, tentu makan kos kalau nak kumpul balik. Jadi, sebab itulah Ukur Bangunan ni wujud sebab kami ni belajar semua tentang kerosakan dan semua ilmu pembinaan secara asas kira macam doktor untuk bangunan la. Nampak macam angkuh tapi ini saja cara saya menjawab untuk menangkis segala kesangsian masyarakat.
            Jadi, bukankah pelajar Ukur Bangunan tidak patut mendiamkan diri sahaja apabila diperlukan untuk memperjuang profesion yang sangat penting di luar negara seperti di United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. Kitalah sebenarnya Pakar Bangunan (Building Specialist atau Building Engineer). Kita tidak menciplak ilmu profesion lain, tapi ilmu itulah yang amat perlu dimanfaatkan oleh professional macam kita. Tambahan pula, bukankah ilmu itu bukan hak milik mutlak makhluk biologi bernama manusia? Sedangkan bermacam-macam kejadian bangunan runtuh di Malaysia tapi pihak yang mengetahui ilmu tersebut tidak mahu membuang masa menggunakannya untuk mengkaji semula bangunan yang telah siap dan telah diduduki. Bukan saya sedang menyalahkan semua pihak yang terlibat dalam construction field, tetapi kepada yang mengetahui tapi tiada tindakan mengenainya.
            Kepada pelajar Ukur Bangunan, mesti kita telah mendengar cakap-cakap orang bahawa graduan kita seringkali menjawab perkataan-perkataan yang melemahkan apabila disoal tentang Ukur Bangunan oleh majikan mereka ketika bekerja ataupun sewaktu semester praktikal seperti ‘entahlah’, ‘macam mana nak bagitau ek’, dan ‘saya tak tahu saya belajar apa?’. Bukankah langkah memperjuangkan profesion ini sepatutnya didukung oleh para pelajar yang amat berketrampilan dan yakin seperti anda sekalian.
            Saya bukan setakat menyeru kepada anda sekalian sahaja tetapi kepada diri saya juga. Jangan biar pensyarah kita bertungkus lumus menyiapkan soalan peperiksaan untuk kita sambil mempromosikan kita pada dunia sedangkan kita hanya merendah diri bak melukut  di tepian gantang.
            Mulakan hari sebagai seorang Juruukur Bangunan yang hebat dengan meletakkan keyakinan dalam setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Bercakap dengan yakin ketika sesi pembentangan, memakai pakaian yang tampak hebat setiap hari, dan jangan lupa untuk mengamati dan memahami setiap kursus yang dipelajari walaupun anda tidak dapat menandingi kehebatan rakan-rakan yang lain. Ini kerana penghayatan dalam kerjaya yang anda ceburi lebih penting daripada anda mendapat markah yang baik di dalam kelas tetapi gugup apabila mempraktikkannya.
            Sebelum menutup watikah yang bukan terahir ini saya (suspen pula), saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar Ukur Bangunan UiTM Perak kerana telah menjuarai pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat UiTM Perak kategori pelajar dan mendapat pingat perak dalam pertandingan Invention, Innovation and Design Special Edition 2010 (IIDSE 2010). Diharapkan ucapan saya masih belum terlambat ya. Tidak lupa kepada kehebatan pensyarah Ukur Bangunan yang amat produktif dalam memperkukuhkan Ukur Bangunan di negara kita yang semakin popular dengan bangunan yang tingginya melebihi 100m ini. Akhir sekali, kepada pengamal profesional yang lain, tahniah kerana telah mengubah atmosfera pembinaan kita dan berjaya menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang bersaing dari segi kemajuan fizikal.

Comments

  1. thanks..p nk thu ag sal bidang nie..hrp krjsama anda amt dhargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sgt9 sbab terangkan makna ukur bangunan kpada saya...

      Delete
  2. saya suka post nie...
    memang sebenarnye di building surveying nie popular
    tapi klu kan luar negara
    as u know...
    saya pun pelik kenapa hal nie terjadi

    ReplyDelete
  3. tq post yg hebat!!!
    kita perlu sntiasa menyokong BS..
    BUILDING SURVEYOR HEBAT..

    ReplyDelete
  4. mungkin boleh link web ini http://juruukurbangunan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Tahniah saudara menerangkan apa yang kabur kepada orang ramai yang masih tidak tahu :) From: Arif (Geomatics Science Graduate)

    ReplyDelete
  6. sabarla tuan. akan tiba masanya bs akan dikenali..share info bg kekuatan bersama..

    amas fm consultant sdn bhd
    Sr. Abdul Mutalib Aman Shah
    0192822820
    bs 1999

    ReplyDelete
  7. sy nk tau..lpasan dip ukur tanah boleh sambung program ukur bangunan ni tak untuk degree???

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dah lambat sgt tp sy reply la jgk.. of course memang sgt2 boleh dan digalakkan!

      Delete
    2. Bs hebat..im a student of BS in uitm seri iskandar perak

      syamimi shafuldin,degree part 3

      Delete
  8. sy junior abg, skrg degree bs part 4 uitm shh alam. boleh wasap sy mcm byk info sy nk tanya as student. here my number 0129788665

    ReplyDelete
  9. Subjek ape yg akan dipelajari bagi ijazah sarjana muda ukur bangunan ini ye?

    ReplyDelete
  10. maaf kepada adik2 yang komen, mungkin terlepas pandang. Subjek Ukur Bangunan ni dengar nya dah dipinda, so saya masih tak tahu apa perkembangan terbaharu

    ReplyDelete
  11. abng, pendapatan seorng juruukur bangunan ni mcm mane? xnk ke buat entri pasal ni?

    ReplyDelete
  12. bidang ni pecahan dri bidang juruukur tanah jgk.. mereka surveyor jgk.. takkan nak pgil land surveyor je bile nk monitoring bgnn kan? haha nice post btw

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts