Fakta Menarik Mengenai Kerajaan Mesir Purba

Di bawah ini ada 13 fakta menarik mengenai Kerajaan Mesir Purba:

  1. Empayar Mesir Purba telah bertahan selama 3000 tahun.
  2. Raja Narmer adalah Firaun pertama dan Cleopatra adalah firaun yang terakhir.
  3. Sungai Nil adalah satu-satunya sungai di muka bumi ini yang mengalir dari selatan ke utara. Ini bermakna, jika dilihat di dalam peta ia seolah-olah mengalir ke atas!
  4. Asalnya Mesir terbahagi kepada 2, Mesir Selatan dan Mesir Utara tapi disatukan oleh Raja Narmer, Firaun pertama Mesir.
  5. Oleh kerana ketiadaan tanah, orang Mesir menanam mayat dalam pasir tapi akhirnya sering diselongkar oleh tiupan angin di padang pasir.
  6. Dalam proses memumiakan mayat, organ dalaman seperti hati, perut, otak dan jantung dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam baling supaya mayat bertahan lebih lama.
  7. Raja Hatshepsut adalah firaun wanita yang pertama.
  8. Pada usia 9 tahun, firaun bernama Tutankhamun  adalah firaun termuda dalam sejarah Mesir.
  9. Pun begitu, Firaun Tutankhamun mati pada usia 18 tahun dipercayai dibunuh berdasarkan imbasan x-ray pada mumia beliau.
  10. Horoskop berpunca dari satu kepercayaan bahawa semua objek di langit seperti matahari bulan dan planet2 mengelilingi bumi, apabila mereka bergerak mengelilingi maka mereka mampu mempengaruhi kehidupan semua manusia di bumi.
  11. Walaubagaimanapun, kepercayaan horoskop terbatal apabila satu penemuan menunjukkan bumi mengelilingi matahari melalui orbit dan bukannya menjadi pusat cakerawala.
  12. Firaun Cleopatra adalah firaun wanita terakhir dan yang paling terkenal digunakan namanya dalam pelbagai jenama terkenal seperti butik dan sebagainya.
  13. Firaun Anekhaten adalah yang paling pelik. Beliau memusnahkan semua patung sembahan dalam agama Mesir Purba dan mendakwa Tuhan cuma ada satu sahaja serta tidak boleh digambarkan oleh manusia. Beliau menghabiskan riwayat hidupnya dengan beribadat.
Sekian sahaja edisi "Mari Membaca Bersama Abang Naz". Kahkahkah.. Ni saje-saje saya ekstrak dari buku yang saya telah baca iaitu 'MISTERI FIRAUN: MUSUH PARA NABI'

sumber: Pustaka Iman
Buku ni memang best! Ingatkan nak beli 2 bijik supaya best 2kali ganda.. Eh tak boleh ke? Terima kasih kerana membaca. Selamat melalui hari dengan keberkatan Ilahi..

Comments

Popular Posts