Juruukur Bangunan : Masihkah Wujud?

Sehingga kini saya masih mendapat komen memberangsangkan daripada pelawat berkenaan penjelasan saya mengenai Peranan Sebenar Juruukur Bangunan. Saya beranggapan bahawa benarkah begitu ramai para bakal pelajar Juruukur Bangunan yang sehingga kini menaip keyword "Maksud Juruukur Bangunan", "Peranan Juruukur Bangunan", dan "Ukur Bangunan". Satu lagi yang membimbangkan saya adalah benarkah saya orang yang benar-benar kompeten untuk membincangkan tentang profesion ini. Adakah saya masih bertepuk sebelah tangan dalam menerangkan bersungguh-sungguh mengajak kita memahami apa itu Juruukur Bangunan?

Pada dasarnya, saya bukanlah orang yang tepat untuk menerangkan apakah maksud Juruukur Bangunan kerana saya adalah pelajar biasa yang sudahpun menamatkan pengajian Diploma Ukur Bangunan pada dua minggu lalu. Blog ini pun saya menggunakannya sebagai medium perkongsian ilmu yang tidak hanya bertumpu kepada ilmu Ukur Bangunan atau Building Surveying sahaja. Malah saya turut menerapkan beberapa perkongsian tentang fakta-fakta yang baik dan positif mengenai alam sekitar dan pengurusan ilmu.

MASIHKAH WUJUD JURUUKUR BANGUNAN?



Soalan yang baik. Pertama sekali, perlulah anda ketahui bahawa Ilmu Juruukur Bangunan sangat luas meliputi Senibina (Architecture), Structure (Civil Engineering), Maintenance, Ukur Bahan (Quantity Survey) dan Project Management.

Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah setiap daripada ilmu-ilmu itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk diamalkan. Secara jelas, mahu tidak mahu kita tidak boleh mengharapkan apabila sudah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang BS (building surveying/ ukur bangunan) ini, kita janganlah asyik bergantung harap pada jawatan JURUUKUR BANGUNAN atau PEMBANTU JURUUKUR BANGUNAN sahaja. Ianya sangat tidak relevan dengan situasi pembinaan di negara kita ini.

Perbuatan seperti terlalu memilih pada keutamaan pilihan kita selalunya menjadi penyumbang terbesar pada kadar graduan menganggur di negara kita. Ingatlah, Juruukur Bangunan masih wujud dan pengiktirafannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Percayalah pada saya..

Suka saya menerangkan bahawa disebabkan profesion inilah saya sentiasa tampil berani sewaktu latihan praktikal bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memberikan pendapat yang selalunya tidak dapat dijawab oleh pakar-pakar yang sudah lama bekerja. Ini juga membuktikan profesion kita bukan sembarangan. Akan tetapi, sikap terlalu menonjol pasti membawa persepsi kurang selesa di kalangan pengamal profesion lain kerana profesion BS lebih ke arah konsultasi atau memberi khidmat nasihat terhadap kesihatan bangunan.

Walaubagaimanapun, saya masih menghargai pelawat yang berkunjung ke laman blog saya bagi memperjelaskan visi mereka mengenai bidang ini. Berbillion terima kasih saya simbahkan..(harap tak basah yer).  XD

Comments

  1. thanxx bub sye sndri pom msih tercari2 mksd juruukur bangunan..;)

    ReplyDelete
  2. majority graduate BS keje bkn field BS..
    *truestory*

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,

    Jarang sekali melahirkan graduan yang benar-benar faham hala-tuju BS di Malaysia seperti tuan blog ini. Saya sangat "respect" dengan keberanian tuan blog mengutarakan pandangan dan berkongsi idea dengan profession lain semasa di JKR (harap diteruskan). Bergraduasi sebagai juruukur bangunan dan kemudian bekerja dengan memegang jawatan juruukur bangunan bukanlah pencapaian kerjaya yang muktamad.

    Perlu difahami bahawa, walaupun anda tidak memegang jawatan juruukur bangunan namun secara tidak langsung setiap keputusan dan pendapat yang akan anda berikan adalah dari perspektif seorang juruukur bangunan.

    Selagi anda bergelumang dengan bidang alam bina (built environment) anda tetap berperanan sebagai seorang juruukur bangunan (saya berandaian, tuan blog juga bersetuju dengan saya). Melainkan anda yang bergraduasi dalam bidang ukur bangunan kemudian berkhidmat sebagai pramugara/i, itu adalah diluar dari kebiasaannya.

    ### Ibarat orang Melayu yang berhijrah ke luar negara, sampai bila-bila dia akan tetap menjadi orang Melayu. Melainkan seseorang itu memutuskan untuk tidak menjadi Melayu, maka dia akan jadi "AMERIKA...!!!".

    Irwan Mohammad Ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ulasan.
      Saya pun sangat bersetuju dengan tuan ;-)

      Delete
    2. salam tuan irwan mohammad ali dan tuan nazirul mubin. kedua2 pandangan dan pendapat amat saya setuju. saya masih lg pelajar tahun 2 ijazah ukur bangunan di uitm. mohon tunjuk ajar kalian. =)

      Delete
  4. Perkongsian menarik

    ReplyDelete
  5. baru form 3.. tapi dh terasa nak cari cita2 yg betul2 yakin nk kejar..
    saya suka math tapi sometimes dpt jugak la D tu..
    saya xsuka seni coz mmmg xde jiwa seni lngsung!
    sains.. boleh la..
    ada xkerjaya sesuai untuk saya?

    ReplyDelete
  6. Memang u bukan engineer, arkitek atau QS. Tapi kamu boleh manage building atau jadi projek manager di atas ilmu yang semua kamu belajar walaupun secara general. Percayalah pada rezeki Allah, sesungguhnya kita hanya mampu berusaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts