Alternatif Baru Untuk Plastik

Saban hari kita sering dihidangkan dengan masalah penggunaan plastik yang melampau sehinggakan banyak hidupan mati akibat tertelan plastik yang disangka makanan. Sehingga kini, kita telah melihat "hari tanpa beg plastik" telah menjengah ke setiap pasaraya besar seperti, Giant, Tesco dan Jusco. Membaca post ini pasti anda terkenangkan anda terlupa bawa beg sendiri ke tempat sebegini dan ianya amat menyusahkan.

Perkara yang baik sememangnya terasa susah bagi manusia untuk mengamalkannya tetapi fikirkanlah kebaikannya kepada generasi akan datang dan penerusan kualiti untuk hidup di muka bumi yang uzur ini.


Sengaja saya sebarkan perkara ini sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan kawan-kawan. Paranoid? Tak kisahlah asalkan perkara ini adalah perkara baik dan mampu membawa manfaat di bumi Allah ini.

Dibawah ini adalah beberapa sumber yang saya olah sedikit daripada beberapa blog seperti ini:
  1. PETE (polyethylene terephthalate)
    • Botol air mineral adalah salah satu keluarganya.
    • Biasanya ia hanya boleh digunakan sekali sahaja. Tetapi kita sering gunakannya sebagai bekas air suam.
    • Berwarna jernih dan berpotensi mengundang kanser!
  2. HDPE (high density polyethylene)
    • Botol susu yang berwarna putih susu menggunakan bahan ini (rasanya Tangki Air Domestik di rumah pun guna bahan ini).
  3. V atau PVC (polyvinyl chloride)
    • Plastik pembungkus menggunakan bahan ini. Burger, Nasi Lemak mungkin terdedah rasanya.
    • Malahan jika makanan itu dipanaskan boleh menyerap ke dalam makanan.
    • Berpotensi merosakkan ginjal dan hati.WAUU...
  4. LDPE (low density polyethylene)
    • biasanya digunakan untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembek.
    • Barang dengan kod 4 tidak dapat di hancurkan tetapi baik untuk tempat menyimpan makanan.
  5. PP (polypropylene)
    • Paling terbaik dalam kelasnya untuk menyimpan makanan dan minuman 
    • biasanya boleh didapati pada botol berwarna lut sinar yang keruh.
    • Carilah sedaya upaya anda untuk simbol ini.
  6. PS (polystyrene)
    • PALING POPULAR kerana anda selalu terdedah dengannya terutama jika anda adalah seorang pelajar.( Beli kat Dewan Makan dan makan dalam bilik...)
  7. Other (biasanya polycarbonate)
    • Merosakkan hormon dengan melepaskan Bisphenol-A kedalam makanan anda.

BUTANG PANIK DI SINI--------> PANIC!


CENDAWAN PENGGANTI PLASTIK:

Cendawan? Mampukah beliau....

Insyaallah mampu dengan kuasa Tuhan.


Menurut kajian oleh tempat saya belajar iaitu di Yale University (hehehe), mereka telah menemui satu cara yang mampu menggantikan plastik. Iaitu menggunakan cecair daripada cendawan! Nama cendawan ni pun diambil sempena nama saya iaitu Pestalotiopsis Microspora. Saya dah cakap tak perlu letak nama saya tapi mereka begitu degil! (agak terperasan di situ..hahaha)

Menurut rakan-rakan saya ini lagi, kita semua telah menghasilkan kira-kira 245 juta tan plastik pada tahun 2006,berbanding dengan hanya 1.5 juta tan pada tahun 1950. Pensyarah saya iaitu Professor Scott Strobel membawa balik beberapa sampel ini daripada Ecuador dan mendapati cendawan ini mampu menghasilkan gam yang digabungkan dengan sekam jagung dan makanan sampingan yang lain ia mengambil bentuk yang serupa dengan styrofoam. Styrofoam? Lebih kurang macam polystyrene yang kat medan makan jugak la.

Baguslah begitu.. tapi boleh ke nak hasilkan cendawan ni banyak-banyak? Masih ada beberapa kelemahan yang masih perlu dipertimbangkan pada hemat saya.

Dah lama tak update menjadikan skill penulisan saya semakin terjejas. Agak sukar bila kita sedang mencari diri yang hilang. Kena culik ke? hahaha... rilek sudah.

Comments

  1. salam.. thanks kerana mlwt blog gua. psl comment ko tu, pe salahnya ko mncuba.. kan boleh jadi penulis jemputan.. belum cuba belum taukan. hehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts