Fact: Life Is Hard

"Life is hard, you have to admit it. This is what we called as reality"

Teringat lagi kata-kata yang terluah daripada seorang lelaki yang sudah lebih separuh abad umurnya. Saya mengangguk faham tapi sejauh manakah saya memahaminya? Atau pemahaman saya tidak seperti anda. Tetapi ada pula yang mengatakan hidup ini indah. Akan tetapi, perjalanan saya masih lagi jauh saya juga insan biasa seperti anda yang seringkali mengalami kemelut 'The Road Not Taken'. 



Kemelut 'The Road Not Taken' oleh seorang penyajak silam bernama Robert Frost yang menceritakan tentang sebuah perjalanan yang dilalui oleh penulis. Si penulis telah bertembung dengan dua simpang yang akan membawanya ke destinasi yang berbeza. Kini si penulis telah berhadapan dengan cabang jalan dan dia mesti memilih salah satu untuk meneruskan perjalanannya.

Akhirnya beliau memutuskan untuk memilih sebatang jalan yang jarang di lalui pengembara-pengembara sebelumnya. Jalan itu kelihatan jarang dilalui berdasarkan pengamatan si penulis. Tetapi yang membuatkan saya geram, si penulis mengatakan bahawa adakah masih ada jalan untuk dia kembali dan memilih semula jalan yang lain?

Kalau anda nak tahu. Sajak inggeris ini saya rungkaikan kembali daripada sajak yang pernah kita belajar di sekolah menengah dulu kerana ayat-ayatnya begitu berat tetapi penuh isi tersirat yang akan dialami oleh semua insan di dunia.

Sebenarnya saya agak malas untuk menambah serabut kepala anda memandang saya bukanlah orang yang tepat untuk berbual mengenai motivasi diri tetapi saya sekadar bermuhasabah diri sejauh manakah saya telah merancang kehidupan saya dengan betul. Benarkah jalan yang kita pilih ini?

Adakah urusan kita dengan Tuhan sudah kita tunaikan? Urusan dengan kedua ibu bapa?

Apabila saya terfikir akan semua ini pasti saya akan terkenangkan sebuah buku yang bertajuk 'CARA TERINDAH UNTUK MATI'. Hmm..mendengar tajuknya agak suspen. Tapi buku kulit bukunya sangat mengujakan saya kerana menggambarkan mati itu adalah satu platform yang sangat penting dalam pertemuan kita dengan Sang Pencipta.


Mati dengan cara paling indah adalah salah satu matlamat yang mungkin kita patut pertimbangkan. Ya, orang yang paling bijak adalah orang mengingati mati  menurut hadis Rasulullah S.A.W. Jadi, dengan adanya matlamat ini, kita pasti akan lebih bersemangat untuk melakukan kebaikan di atas dunia kerana mahu mati dalam keadaan paling indah dan diredhai Allah, Insyaallah..

Dah saya dok bagi ceramah ni nampaknya sayalah yang kena amalkan dan mulakan dulu yer tak? Haa.. kan dah kena! Hahaha.. takpe. Memang sengaja saya buat macam ni agar saya lebih bermotivate.

Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"Amatlah besar kebencian Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan"
(Surah As-saff :2-3)

Comments

Popular Posts