Buku Oh Buku.. Bosan ker?

Buku adalah penyuluh ilmu. Buku adalah jendela dunia. Buku adalah guru tanpa suara. Buku adalah pusat informasi. Membuka lembaran buku adalah seperti menjengah dunia lain. Buku adalah segala-galanya! Tapi bagi saya..buku adalah buku. hahaha.. tiada kaitan dengan sabun buku ataupun Muka Buku ok..


Teringat saya masa zaman sekolah dulu-dulu ada la satu projek sekolah yang dinamakan Program Nilam. Program Nilam ni singkatan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Haa..rasa-rasanya pernah tak korang copy and paste sipnosis belakang buku terus ke dalam buku nilam tu tanpa membacanya. Kalau pernah buat, harap-harap la korang tak menang anugerah tu kalau tak kesian la kawan-kawan yang jujur tu.

BUKU MEMBOSANKAN LAH!?

Ada di kalangan anda pasti menjadikan buku sebagai musuh sehingga menganggap entry ini menjengkelkan  betul tak? No offence. Buku memang membosankan tapi kalau anda memilih salah buku la. Saya amat pasti hampir 100% bahawa yang membaca entry ini mesti suka membaca buku..Muka Buku?

Ok. Yang tadi tolak ke tepi. Sebenarnya buku tidak membosankan jika kita menyebutnya dengan sebutan yang lebih betul. Apa? Ada sebutan yang betul ke? Yup... contohnya adalah KOMIK dan MAJALAH. Jadi, buku adalah sesuatu yang boleh dianggap sebagai subjektif.

Baiklah..sebelum saya membuatkan anda semua menguap ingin saya membuat satu pengumuman yang akan membuatkan satu dunia teruja..dengan rasminya saya telah berjaya mendapatkan Baucer Buku 1Malaysia! Dengar jer cerita ni mesti pelik tapi inilah hakikatnya, saya baru sahaja berjaya mendapatkan baucer buku ini yang bernilai RM200 pada minggu saya ber-outstation di UiTM Perak..

source: kura-kura.my

Minggu lepas saya telah membelanjakannya di negeri kelahiran saya dengan jayanya. Berpijak sahaja dalam kedai buku yang agak luas tersebut dengan rambang matanya saya terus men-scan semua buku di hadapan mata. NOVEL? Sorry guys, saya tidak berminat walaupun pernah menangis ketika membaca novel pertama saya ketika di sekolah rendah dahulu. (tahap kesentimentalan tertinggi).

Jadi, selera saya lebih tertumpu kepada buku-buku yang mengungkap misteri-misteri dunia seperti Firaun, Dajjal, Yakjuj dan Makjuj dan yang sewaktu dengannya. Tapi, fikir masak-masak nak buat apa dengan buku-buku macam tu yang berlambak kat rumah ek? Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk mengambil buku-buku asas binaan dan apa-apa yang berkaitan construction dan architectural. Buku-buku ni mahal jadi guna baucer tak terasa pun poket beb..heheh..

Selepas mengambil buku-buku tersebut bercampur buku bersifat kerohanian, saya pun dengan cukup kembang hidung terus ke kaunter dan meletakkan timbunan buku tersebut dengan cukup profesional.

Tiba-tiba nampak orang di depan saya ni tengah bayar barang-barang dia menggunakan baucer. Tapi beliau buku sikit ja dan bercampur dengan alat mainan budak-budak serta peralatan lain. Saya pun dengan pantas tanpa membuang masa terus menyerang akak cashier tu dengan soalan-soalan seperti berikut:


SAYA: Kak, kita boleh beli guna baucer selain dari buku pun boleh eh?

CASHIER: A'ah dik..

SAYA: Semua yang dijual dalam kedai ni ke? Termasuk mainan-mainan tu dan minyak wangi kat tepi ni ke? (saya mula tak puas hati sambil jari telunjuk menuding ke arah barangan yang disebut)

CASHIER: Yup! Semua barang yang dijual di sini boleh ditebus gunakan baucer..

SAYA: !!!!!!???


Tidak cukup dengan kejutan itu, saya sekali lagi telah dikejutkan dengan terlebih kuota baucer yang bernilai RM200 itu.. CISS.....dan jumlah keseluruhan menyebabkan saya terpaksa mengeluarkan sebahagian besar duit dalam poket saya...huhuhu

Berapa banyak? Nak bagitahu ke? Baiklah, jumlah keseluruhan buku-buku itu bernilai RM200.10!
Jadi, saya terpaksalah memberikan 10sen kepada cashier tersebut..(Rela hati la, kira untunglah dapat bayar seposen jek)

Pengajaran: Sebelum menggunakan baucer, pastikan anda bertanya had baucer tersebut.

P/S: Buku-buku yang telah dibeli tersebut telah tersimpan rapi dan hanya sesekali disentuh di rak bilik saya..

Comments

Popular Posts