Unit Senggara dan Aset Negeri

Peranan Ukur Bangunan.

Unit ini ditubuhkan bagi menguruskan dan mengawalselia aset negeri. Semua aset dan pemilikan oleh kerajaan negeri dipantau dan disimpan dokumennya di dalam unit ini. Bagi yang sudah mengenali Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) adalah dimaklumkan bahawa unit ini hampir sama fungsinya tetapi mempunyai bidang kuasa yang berlainan. Kali ini saya tidak berminat untuk mengulas lebih lanjut tentang UPEN.  Saya baru menjalankan beberapa siasatan yang  melibatkan definisi sebenar Unit Senggara dan aset Negeri kerana unit ini masih baru ditubuhkan dibawah Jabatan Bangunan. Ianya tidak sama dengan Jabatan Senggara yang juga baru ditubuhkan.

Untuk pengetahuan anda, disebabkan unit ini masih baru ditubuhkan maka dimaklumkan bahawa masih tiada definisi sebenar unit ini. Berkemungkinan Unit Senggara dan Aset Negeri masih perlu ditadbir secara sendirian oleh pegawai yang hanya seramai 4 orang, maka mereka masih perlu untuk membina satu asas pentadbiran yang baru dengan dokumen dan maklumat yang latest. Setakat ini, sebanyak 2 orang pegawai Jurutera Awam (seorang lagi pembantu), dan selebihnya masing-masing Jurutera Mekanikal (pembantu) dan Senibina Landskap (pembantu).  Oleh itu, saya telah menawarkan khidmat saya kepada penyelia saya untuk mengkaji beberapa tugas yang telah dilakukan dan membina satu definisi baru tujuan penubuhan unit ini.

Juruukur Bangunan adalah satu profesion yang saya amat galakkan untuk berada di dalam Unit Senggara dan Aset Negeri. Ini kerana kita telah menjalani sesi pembelajaran yang telah didedahkan kepada pengurusan aset dan pemajuan hartanah. Subjek-subjek yang telah dijalankan seperti di bawah amat diperlukan dalam unit:


1)  Building Surveying and Maintenance
2) Building Maintenance and Management
3) Property Management
4) Contract and Construction Management
5) Building Technology

Dengan kepakaran kita dalam bidang bangunan maka saya mencadangkan agar pihak JKR mempertimbangkan untuk menambah dan rellocating pelajar lepasan Juruukur Bangunan untuk berada di dalam beberapa bahagian yang masih rapuh kerana kurangnya kepakaran.

Cadangan Ukur Bangunan di bahagian senggara aset.

            Demikian ulasan saya mengenai Masa Depan Juruukur Bangunan yang diharap dapat menjawab segala permasalahan yang biasa dialami oleh bakal pelajar jurusan ini dan tidak kurang juga sudah menjadi sebahagian dari kami yang terkeliru dengan karier yang akan datang. Pada hemat saya, setiap Pelajar Juruukur Bangunan perlu ada nilai tambah di dalam diri mereka agar memudahkan lagi penubuhan Akta Juruukur Bangunan. Akta ini bukanlah bermaksud wajib tetapi ia akan mencetuskan satu revolusi pembangunan fizikal di Malaysia kerana kita masih ketinggalan jauh dengan negara seperti United Kingdom yang mempunyai banyak bangunan bersejarah yang tidak pernah gagal mencipta pemandangan menarik di samping memelihara imej luaran mereka. Terima kasih kepada Building Surveyor mereka.

MEMOHON KEMAAFAN



Segala maklumat dan ulasan di dalam entri ini berkemungkinan bercanggah dengan apa yang dipelajari atau didengari oleh mana-mana maklumat. Apa yang ditulis adalah berdasarkan kepada kajian sendiri dan merujuk kepada realiti yang berlaku dalam dunia pekerjaan. Harapan saya agar post ini 'tidak lebih sudu dari kuah'. Segala teguran boleh dibuat secara terbuka di dalam ruangan comment atau hantarkan ke alamat emel di naziruljb@gmail.com.

Comments

Popular Posts