Apakah Ukur Bangunan aka Building Survey (BS)? - Part 1

Assalamualaikum semua..

Dinosaur - realiti atau rekaan? Kredit: history-for-kids
Saya nak update benda yang saya dah lama tak update sejak pupusnya dinosaur di atas muka bumi ni. iaitu subjek utama kenapa blog saya menjadi tumpuan:

1. Apa itu Ukur Bangunan?
2. Tugas Juruukur Bangunan.
3. Subjek dipelajari dalam Ukur Bangunan.
4. Peluang Pekerjaan Juruukur Bangunan/ Ukur Bangunan/ Building Surveyor

Saya tidak mahu mengecewakan anda sebab sudah berlambak komen masuk dalam entry blog yang lama. Lama tak update, bila baca balik entry lama, "Apa yang kau tulis ni bro?" Nampak tak betapa merepeknya saya menggebang dalam post terdahulu.

First of all, bila ada yang mendapat tawaran jurusan pengajian Diploma Ukur Bangunan atau Sarjana Muda Ukur Bangunan haruslah tahu bahawa anda sebenarnya telah menempah kerjaya sebagai seorang Juruukur Bangunan atau bahasa omputih digelar Building Surveyor.

Kredit: tigerair

APA ITU UKUR BANGUNAN?

Secara asasnya seorang ukur bangunan mempunyai prinsip iaitu:

"Memastikan bangunan adalah selamat, boleh dihuni dan efisien"

Juruukur bangunan mempunyai ilmu yang sangat luas terutama dalam bidang perundangan dan keselamatan dan ilmu itu digunakan untuk buat apa-apa kerja sahaja asalkan bangunan selamat! Apa-apa sahaja! Tak kisahlah nak jadi pengurus penyenggaraan ke, penyelia projek ke, spiderman ke, ultraman ke (eh ultraman tak boleh sebab kerja dia baring atas bangunan sampai jadi rata macam tanah), hatta nak jadi pengawal keselamatan pun, asalkan bangunan selamat. Fullstop. Jadi tugas seorang juruukur bangunan adalah begitu luas sebenarnya dan tak khusus seperti:
  • Juruukur Bahan (QS) iaitu mengira harga kontrak dan menentuukur bahan untuk sesebuah projek
  • Arkitek iaitu melakar, melukis dan mencipta idea artistik terhadap bangunan.
  • Jurutera Awam iaitu mengira beban struktur dan menentukan bahan yang selamat digunakan berdasarkan lakaran seorang arkitek
  • Pakcik Kantin iaitu menyediakan makanan yang sedap dan berkhasiat untuk pekerja yang lapar.
Yang di atas ni semua khusus dik. Kalau adik-adik nak pekerjaan yang khusus maka ukur bangunan bukan pilihan yang tepat tapi ia adalah pilihan yang paling diperlukan buat masa kini. Kerana inilah bidang ilmu yang paling mematangkan saya dalam bidang pembinaan. Saya walaupun ketika waktu latihan industri dulu pun mampu berfikir tahap orang yang senior sehinggakan saya menjadi antara orang yang dibenarkan untuk masuk ke dalam istana Johor untuk menyelia projek kelab polo istana pasir pelangi. Kalau cerita lebih pun tiada orang percaya.

Juruukur bangunan ni tergolong didalam kumpulan Juruukur @ Surveyor dan bukannya Engineer walaupun sesetengah tempat seperti United States menggelarkan kami Building Engineer. Kami disatukan dibawah organisasi dinamakan Royal Institution Surveyors of Malaysia (RISM) bersama-sama Juruukur Tanah, Juruukur bahan dan Penilai Hartanah. Ya, kami satu keluarga.

Logo Pertubuhan
TUGAS SEORANG JURUUKUR BANGUNAN

Saya ingatkan kembali, seorang juurukur bangunan mempunyai banyak kebolehan dan tidak khusus seperti arkitek atau jurutera. Berdasarkan Project-Resource, Seorang Juruukur Bangunan mempunyai tanggungjawab dan bidang terhadap:
  • design (rekabentuk)
  • maintenance (penyenggaraan)
  • repair (baikpulih)
  • refurbishment (pengubahsuaian)
  • restoration and preservation of buildings and monuments (pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan dan monumen.
Kalau dilihat semula di atas itulah asas ilmu juruukur bangunan. Rumusannya, percaya atau tidak, juruukur bangunan boleh berada ketika di ke tiga-tiga peringkat iaitu:
  • Sebelum Pembinaan: Peringkat mendapat kelulusan tapak dan design bangunan
  • Semasa Pembinaan: Membina, mengawal dan menyelia tapak projek sehingga siap.
  • Selepas Siap: Menasihat pelan penyenggaraan jangka masa panjang terhadap pemilik dan memastikan bangunan mempunyai pelan kebenaran menduduki (CCC atau dulu dikenali sebagai CF atau CFO). Juga membuat laporan kerosakan melalui program yang dikenali sebagai Building Condition Assessment dan Dilapidation Survey.
Maaf ya Arkitek dan Jurutera sekalian. Tapi realitinya arkitek, jurutera dan lain-lain hanya terhenti di peringkat sebelum pembinaan lagi paling jauh pun semasa pembinaan sahaja. Berbeza dengan dengan The Ultimate of Amazing Building Surveyor: The Never Ending Journey. Selepas bangunan siap pun masih risau dengan keadaan bangunan. Kenapa wira sebegini boleh jadi tak popular seperti Super Arkitek di Malaysia ni? Dan ini tidak berlaku sebenarnya di negara Eropah.

Menurut greenstartconsulting.com.au mengetengahkan bahawa tugas Juukur Bangunan (BS) adalah kait rapat dengan peringkat rekabentuk dan proses kelulusan bangunan. Hanya seorang juruukur bangunan diperlukan untuk menasihati anda akan bagaimana mendapatkan kelulusan bangunan atau kediaman anda samaada menduduki atau pengubahsuaian.

Sangat ditekankan bahawa peranan BS berkemampuan menjalankan pemeriksaan terhadap hartanah tentang laporan kerosakan dan keusangan, juga audit bagi pihak insurans untuk tujuan pematuhan yang saya tidak faham kebanyakan diserahkan pada jurunilai secara keseluruhan untuk kes-kes yang membabitkan bangunan yang agak berusia dan usang kerana tiada asas kukuh dalam industri binaan dan struktur dalam situasi di Malaysia ini. Ini juga kerana jumlah graduan BS di Malaysia masih sangat kurang utuk bersaing dengan jumlah pengamal praktis lain.

"Apa servis yang boleh ditawarkan jika saya ambil jurusan ini sebagai karya saya?"

Okay, dengar baik-baik dan printscreen pun boleh. Ia terpulang kepada anda mahu pilih haluan mana selepas bergraduan dan ingat, pilih Building Surveying (BS) ini ada kerjaya yang luas dan tidak khusus seperti arkitek, engineer dan juga pilot.

Menurut rics.org , katakanlah anda berurusan (dibeli dan mahu menduduki) dengan bangunan yang besar, tua dan buruk. Juga telah di'renovate' secara luar biasa dan anda nak buat satu pengubahsuaian untuk pastikan sesuai dengan keperluan bisnes anda. Lantiklah Juruukur Bangunan or BS. Kerana satu kajian bangunan Building Condition Asessment (BCA) dan Dilapidation Survey (sebelum ini dikenali sebagai kajian struktur) akan memberikan anda laporan struktur yang menyeluruh termasuk kecacatan , pembaikan dan pilihan. Kelebihannya adalah perbandingan kos dapat ditunjukkan dan dilaporkan kerana ia memberi maklumat terperinci tentang struktur dan fabrik harta itu.

buildingdefectspain

Itu baru RICS punya rujukan sahaja. Kalau project-resource lagilah berlambak jenis tugas (bukan jawatan) untuk ditawarkan kepada majikan ataupun awam sebaik anda keluar bergraduan dalam jurusan diploma atau sarjana muda ukur bangunan yang terchenta ini..


  1. Memastikan agar projek dapat disiapkan dengan bajet dan jadual yang tepat.
  2. Menasihati klien tentang skema dan keperluan projek
  3. Menyediakan skema design beserta kos, program dan spesifikasi untuk penyiapan projek 
  4. Mentadbir dokumen tender dan memberi nasihat tentang melantik kontraktor , pereka dan laluan perolehan.
  5. Menentukan, mengenal pasti dan menganalisis kecacatan keadaan bangunan yang sedia ada  termasuk cadangan untuk pembaikan. 
  6. Nasihat tentang kecekapan tenaga, kesan alam sekitar dan pembinaan yang mampan 
  7. Memberi perundingan pada pemeliharaan / pemuliharaan bangunan bersejarah 
  8. Menasihati mengenai pengurusan dan pengawasan penyelenggaraan bangunan 
  9. Memberi nasihat tentang aspek-aspek kesihatan dan keselamatan bangunan 
  10. menyediakan penilaian dan tuntutan insurans.
Dan banyak lagi sebenarnya tugasan yang boleh dibuat oleh seorang graduan lepasan ukur bangunan atau BS ini tapi tak boleh nak senarai lagi. Jujur saya belum pernah jumpa jurusan dalam bidang alam bina yang begitu banyak dan multitasking macam BS ni. Kalau bidang lain, mungkin perakaunan dan pengurusan bisnes itu kita sedia maklum.

Wah, panjangnya tulisan kali ini. Saya akan sambung lagi post ini dalam Part 2 dalam Subjek dipelajari dalam Ukur Bangunan dan juga Peluang Pekerjaan Juruukur Bangunan/ Ukur Bangunan/ Building Surveyor.

Inshaallah jumpa dalam entry yang seterusnya.

Sekian Admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

  1. thanks sudi update. sy tnggu part 2. tang subjek yg akan dipelajari utk course ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. subjek berbeza di lain2 universiti... but core dy on building defects, maintenance and facilities management.. ^_^

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. emm.. juru ukur bangunan ni mcm sesuai untuk lelaki je.. tp cita2 nak jadi juru ukur bangunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkde peraturan kata perempuan dilarang belajar. So miss adila bole je belajar kalau nk :)

      Delete
  4. salam. saya dapat course ni. kalau bab kira kira tu heavy sangat tak? ke dia just simple calculation je? and course ni memang ada dekat uitm seri iskandar je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diploma BS ni mmg di UiTM Seri Iskandar saja. Tetapi Degree nanti ada di Shah Alam juga. Bab kira-kira, kebanyakan tidak membebankan. Rileks saje

      Delete
    2. Salam. Saya graduan BS gk. Tpi amik iuctt damansara. Kita punya subject follow UM pnya silibus. Tpi klo sambut raya, skli ngn uitm seri iskandar. So, kmi panggil BS raya. Tapi saya rasa agak terkilan kerana goverment mcm tidak berapa memberi peluang kepada graduan BS utk menterjemahkan KEKUATAN DAN KEHEBATAN yg dimiliki. Malah tugas yg septutnya di kendalikan oleh seorang BS telah di serahkan kpd graduan jurutera awam utk mengurus bangunan. Mungkin perlu di wujudkan persatuan yg boleh menyatukan graduan BS utk menyatakan hasrat kepada kerajaan supaya kerjaya seorang BS perlu di martabatkan lagi. Terima kasih

      Delete
    3. utk maklumat, jawatan BS dah ada dalam perjawatan dlm gomen, JKR khususnya.

      Delete
  5. Assalamualaikum, sy pon dpt coures ni.. Sy nk tny.. BS ni susah x? Boleh ka klu sy nk tukar coures lain? Perempuan ada ambik x coures BS ni? Selalu brpa org yg ambik cou. BS ni? Sy xmahir dlm eng, xpa ka? Yg tu ja.. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, bg saya yg dh ambik course nie utk diploma n degree xder laa susah sgt..sbnr nyer mana2 course pon ad susah dia..asalkan kita bersungguh.. blh kalau nk tukar course lain..tp kalau still nk mohon dkt uitm..kalau xsilap kene tunggu 1 tahun baru blh apply course lain. kebiasaannya 1/3 dlm clss tu perempuan.kalau xmahir eng ok jer nk sambung course nie..course nie melibatkan site..kalau berminat nk masuk site n travel..blh ambik course nie

      Delete
  6. assalamualaikum, antara kos ukur bangunan dengan kejuruteraan bangunan mana satu lagi susah ? sebab saya ada terima kos ukur bangunan di uitm 21 ni daftar, peluang kerjaya mana satu lagi mudah ?

    ReplyDelete
  7. saya mohon qs untuk degree tapi dapat bs. apa2 pun alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Kalau lepasan stpm terus masuk uitm shah alam bidang ukur bangunan perlu ambil EPT ke?

    ReplyDelete
  9. oh bnyk jugak job scope building survey.. lebih kurg sama jugak dgn arkitek, skop yg besar, bidang yg luas dan boleh masuk bnyk tempat. baru2 ni ada dgr nnt kos Architectural Engineering akan di intdoduce di universiti2 di malaysia. dari segi kasarnya nampak macam architecture + civil + M&E. nmpak ada sidikit persamaan mcm buidling survey. nmpak mcm kos utk kendialian BIM pun ada. boleh terangkan dgn lebih lanjut?

    ReplyDelete
  10. Saya tidak pasti lah nak Mohon bs atau qs. Mohon pencerahan boleh admin? Sebab saya suka mengisi tapi tak pasti mana lebih baik.

    ReplyDelete
  11. apa beza ukur tanah dengan ukur bangunan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukur tanah tu more on tanah. juga disebut sbg land surveying. jawatan dlm bidang ukur tanah adalah juruukur tanah atau dipanggil juga land surveyor. ukur bangunan pula more on bangunan. juga disebut sbg building surveying. jawatan dlm bidang ukur bangunan adalah juruukur bangunan atau dipanggil juga building surveyor. pd dasarnya, kedua2 bidang ini berada dlm 1 kelompok yg sama iaitu bidang ukur atau surveying. utk profesional person, kedua2 jawatan ini akan mendapat gelaran sr. di permulaan nama, ctnya sr. mohd jamil bin bahari. klu engineer yg profesional ada ir, di depan pangkal nama. klu arkitek profesional ada ar. di depan nama.

      Delete
  12. Salam, kalau course sarjana muda sains pengurusan projek dan fasaliti boleh consider untuk applly profesional juruukur bangunan tak sebab selibus course ni memang more to course juruukur bangunan seperti penyelenggaraan bangunan, perkhidmatan bangunan dan kos pembinaan bangunan, nak apply degree ni pun guna diploma ukur bangunan

    ReplyDelete
  13. salam..sharing yg bagus sekali ..nice blog..bgus bidg ni..peluang keje byk jer selagi ade org nak ukur tanah..selagi bangunan dibina selagi tulah keje ni ade..pd adik2 yg nak taukan psl bidg geomatik/land surveyor ni kan bole wsp mdm terangkan 011-16930576..

    ReplyDelete
  14. thank you untuk information ini. sangat membantu saya. saya sekarang diploma in buidling surveying dan di semester 6 which is sekarang tngah internship. Bos saya sendiri pun tak familiar langsung dngn scope of work of BS. saya agak kecewa kerana masih ramai tak tahu BS itu apa dan kerja kerjanya. di intern saya masih takda kerja untuk dibuat yg berkait dngn jurusan saya. dan saya merasakan sngt keliru hendak pilih kos untuk penerapan degree. saya takut kalau pilih degree BS takut tak dapat kerja sebb yela, BS tak banyak peluang pekerjaaan sebb mereka tak tahu apa itu BS. Semua kerja2 yg patut di buat mereka pass pada jurusan2 lain. very ver very dissappointed

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab BS belum ada Akta tersendiri. Yang ada hanyalah sub divisyen dalam akta jurutera. divisyen BS di RISM sedang berusaha untuk masukkan BS sbg salahsatu cabang kejuruteraan dan membolehkan seorang BS diiktiraf sebagai jurutera.

      Delete
  15. Kalau sy nk ambil PJJ dan seda g bkrja sbg kontraktor hingusan, apa kos terbaik utk sy. Sy dh apply kos ukur bangunan di Uitm SI tp syg nya mereka tak buka pengajian sebab tak ramai yg apy kos ni. Apa cadangan cik utk situasi sy?

    ReplyDelete
  16. Hi ! Is it okay if I apply for this course walaupun tak pernah amik diploma in BS + I'm not quite a creative person, time spm pun tak pernah amik subjek LK ? Takut nnti tak dapat tangkap 🥲

    ReplyDelete
  17. hi, assalamualaikum...i want ask one question, if time spm and diploma tak pernah amek this cost ...rasanya boleh catch up tak masa degree cuz takut susah hrmmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts