Peristiwa Gerhana Bulan

Tarikh: 11/12/11
Masa:  9.13pm
Lokasi: Johor Bahru

Di kala ramai orang berebut-rebut nak melangsungkan perkahwinan, tak sangka pula malam itu berlaku gerhana bulan.. Memanglah tarikh dia cantik; 11/12/11. Fuh, saya pun memang nak tarikh cun camtu jugalah.. (eh,eh, salah simpang!) Ini bermakna memang sweet memories la kepada pasangan Raja Sehari. Kebetulan, rakan sepejabat saya pun sedang melangsungkan perkahwinan hari itu tapi memang saya minta maaf lah nak datang sebab JB ngan Batu Pahat bukan dekat beb.

Tengah saya sibuk merakamkan kejadian gerhana bulan di depan kedai bapa semalam, adalah beberapa orang IT (Ingin Tahu) tanya saya macam mana boleh berlaku gerhana ek? Saya pun bercerita la macam ahli saintis tanpa PhD sampailah mereka faham. Mungkin kejadian gerhana bulan jarang berlaku maka lahirlah golongan IT itu tadi. Hehehe.. Di bawah adalah sedikit foto-foto yang saya tangkap sendiri dengan menggunakan kamera murah jenis PowerShot A2200 HD. Murah pun murah la asalkan ada, syukur Alhamdulillah..
Kalau yang dah tahu tak payah la tengok yang ni..

FAKTA: Berlaku gerhana matahari adalah kerana kedudukan bumi, matahari dan bulan sejajar. Bulan tidak melahirkan cahayanya sendiri sebaliknya mendapat cahaya daripada matahari. Apabila bumi melindungi cahaya matahari maka berlakulah bayang-bayang bumi pada bulan. Di atas adalah penerangan mengenai bagaimana gerhana bulan boleh berlaku.

Foto-foto yang berjaya dirakamkan oleh saya:

9:28pm  Bumi mula membayangi bulan

9:30pm Separa gerhana

9:42pm

9:46pm

10:09pm

10:28pm Gerhana penuh berlaku

11:42pm Gerhana beransur pulih

12:06pm Mengantuk menunggu lama
Ok. Itu sahaja yang ingin saya kongsikan buat anda kali ini.

Comments

Popular Posts