Subhanallah

Masa saya taip post ni, entah mengapa saya rasa kepala dan mata saya amat sayup pula. Mungkin terlalu sakit kepala memikirkan kejadian alam ciptaan Allah. Hebat. Semuanya gara-gara sebuah pulau yang bernama Socotra Island. Ada juga pendapat yang mengatakannya sebagai Land of Dreams. Beberapa kali saya melihat gambar ini memperlihatkan kekuasaan Allah dimana selain dia mampu mencipta kejadian dua laut tidak bercantum, sungai di bawah laut dan beberapa lagi.

SOCOTRA ISLAND

Pulau ini terletak di negara Yaman. Berdekatan dengan Somalia yang penuh dengan rakan-rakan Kapten Jack Sparrow. Pulau ini sangat unik sehingga anda merasa seolah-olah berada di sebuah planet yang lain. Sehinggakan ia digelar Land of Dreams. Tapi yang buat saya sakit hatinya, dia ada dua nama, Socrata ataupun Socotra. Pada pemerhatian saya, Socotra digunakan oleh orang Yaman manakala Socrata digunakan oleh orang Barat yang tak boleh duduk diam kerjanya asyik tukar nama ikut sedap hati saje.

Uniknya Socotra ni, majoriti penduduk bernama flora dan fauna tidak boleh didapati di tempat lain. (Jangan pula lepas ni anda gatal-gatal cuba pergi ke belakang rumah anda untuk membuktikan kata-kata saya salah pula ya..) Baca fakta yang sengaja saya ringkaskan di bawah:

*Endermis= hanya berada di kawasan itu sahaja dan menjadikannya unik

1) Ada 825 jenis tumbuh-tumbuhan. 307 daripadanya adalah endermis
2) Diiktiraf di bawah badan warisan dunia ,UNESCO
3) 34 jenis reptilia (90% adalah endemis)
4) 96 jenis siput (95 adalah endermis)
5) Taip kat google dan baca sendiri..hehe

Tempat tido penduduk tempatan

Pokok macam marshmallow (tak risau hujan)

Pokok bunga sini kuat makan ke?

Manusia pun boleh jadi macam ni kalau ada sale

Pokok yang berani

Baiklah, mungkin saya terlalu banyak merepek. Kemungkinan kepala terlalu berat maka saya tidak dapat taip banyak. Petang ni pula ada kelas. Kelas apa? private la, mana saya boleh begitau. Padat pula aksi saya minggu ni. Tak tahulah bila nak ada kelapangan. Tambahan pula, saya sedang cuba usahakan membuka sebuah gerai berger. Saja nak tambah pendapatan keluarga di samping timba pengalaman. Saya harap dengan membuka gerai berger maka dapat ringankan sedikit beban yang ayah pikul menyara keluarga berseorangan. Sekarang terpulang kepada Allah agar saya dapat merencanakan dan merealisasikan hajat ini.

Comments

Popular Posts