Bercinta ke Couple?

Malam-malam begini, tiba-tiba pula saya dapat mesej daripada Irox (nama samaran admin ke-2 blog ni) yang menyatakan hukum couple adalah haram. Saya dengan tanpa cakap banyak, terus tertidur kerana letih seharian pergi ke kelas dari petang tadi. Tibalah Subuh, saya bangun untuk ke surau dan terbaca mesej daripada Irox lagi. Beliau cakap bahawa couple itu haram kerana boleh menjerumus kepada zina hati. Dari situ saya terfikir dan sekali lagi saya mengingatkan diri saya bahawa benarkah bercinta itu adalah couple. Ataupun Bercinta = Couple . Dan sekarang saya tersenyum sendirian kerana tiba-tiba saya tertaip post sebegini. Semuanya kerana kehendak Allah memandangkan saya diserang soalan ini bertalu-talu oleh manusia dan sekarang saya akan merungkaikan secara ringkas dari segi hukum Islam dan lojik pemikiran.

Citer ni glamer mase kat u dulu

Bercinta adalah Couple?

Bercinta adalah Couple? Sejak bila pula perkataan couple ni begitu sinonim dengan perkataan bercinta. Saya dah terbaca banyak sangat blog rakan-rakan yang begitu menitikberatkan diri mereka agar jika mereka mahu bercinta maka mereka MESTI (wajib) bercouple. Kenapa pula nak bercinta maka mesti kena couple. Dan saya tertarik pula dengan beberapa blog yang saya follow seperti yang ini theotherkhairul. Tak sangka dalam saya nak menaip post sebegini, beliau pun merungkai perkara yang sama seperti prinsip saya pegang. Thanks bro..

Dan mengapa pula anda tidak bertanya sendiri pada diri anda sendiri dari mana datangnya adat resam bercouple ni? Adakah couple ini bermaksud, jika Ali jatuh hati pada Fatimah dan Fatimah pun jatuh hati pada Ali, automatically mereka adalah COUPLE? Baik , tunggu sekejap.. What wrong is going on? Apa dah jadi dengan pemikiran remaja zaman sekarang yang sebaya saya ni?! Kamu semua benar-benar menakutkan saya.

Tolong klik sini kalau rasa saya menulis tanpa rujukan.

DECLARE=TUNANG?

Dan saya banyak kali mahu tergelak dan tersenyum apabila di kalangan rakan kenalan yang mahu 'declare' dengan insan pilihan mereka. Declare pula digunakan untuk mengikitiraf bahawa mereka pasangan couple. Sekali lagi saya terfikir "Eh, apa dah jadi ni?". Jika anda seorang pemikir, cuba bezakan apakah yang dikatakan 'bertunang' dan apa yang dikatakan 'declare'.

Declare
Apabila seorang lelaki ini menyatakan rasa cintanya kepada insan pilihannya dan mahu dideclare sebagai pakwe atau makwe. Biasanya digunakan oleh kawan-kawan kita yang agak serabut macam sabut kelapa. (Janganlah marah). Orang Barat keluarkan fatwa yang ini untuk menghalalkan hubungan luar nikah mereka. Kawan-kawan kita juga gunakan ayat ini untuk menyatakan bahawa mereka boleh duduk berdua-duaan antara lelaki dan perempuan sambil #%#%$ (maaf kerana blog ini bersih).

Tunang
Ya. Ianya digunakan dalam Islam untuk menjadikan seorang lelaki dan perempuan itu bersetuju bahawa mereka akan menjadi suami isteri secara nikah kelak. Ianya sama seperti declare. Cuma pengisian mereka yang berbeza. Ustaz Azhar Idrus menyatakan bahwa apabila seorang lelaki menyatakan hasrat dan keinginannya untuk menjadikan wanita ini sebagai isterinya, maka wanita itu setuju walaupun tanpa kedua ibu bapanya, beliau telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Masyaallah..

Cukuplah sekadar wanita itu bersetuju untuk menerima cinta jejaka tersebut walaupun tanpa pengetahuan ibu dan bapa si belah perempuan. Ianya sudah dikira sah sebagai tunang. Sebenarnya saya baru mengetahui perkara ini setelah mencari-cari sumber yang boleh digunapakai untuk post kali ini. Tapi, dari mana datangnya cincin tunang? Wang hantaran? Ibubapa kedua-dua belah pihak bertemu? Semua itu datangnya dari adat kita sendiri. Hahaha.. sudah lama saya rungkaikan persoalan ini dan hari ini saya terpaksa menaip semua itu.

Hukum bertunang mengikut Imam As-Syafie dalam kitabnya yang bertajuk 'Mughni Almuhtaj', adalah sunat. Tetapi beberapa ulama kini mengatakan ianya harus. Terpulang kepada anda untuk mengikut yang mana satu lebih baik. Ia tdak menjadi keberatan dalam Islam.

KESIMPULAN

Natijahnya, ramai daripada kita tidak sedar bahawa couple itu tidak wujud sama sekali dalam Islam. Ianya patut digantikan dengan cara Islam iaitu TUNANG. Seperti yang saya katakan: Cukuplah sekadar seorang wanita itu membalas keinginan seorang lelaki untuk menjadikannya seorang isteri dengan mengatakan "ok" sekalipun sudah cukup dikira bertunang. Walau begitu, amalan yang digunakan dalam adat bercouple tetap tidak boleh digunakan. Sekian sahaja.

Baiklah. Saya ada terbaca link yang diberikan oleh blog 'theotherkhairul' seperti ini. Klik. Saya amat sukakannya. Ianya ada membincangkan tentang pendakwah muda dari kalangan sahabat-sahabat kita yang seringkali tersalah tafsir tentang cinta yang mereka alami lalu memutuskannya demi jalan Allah.

Matlamat tidak menghalalkan cara?

Saya jawab dengan mudah. Baca petikan yang saya ambil daripada link di atas iaitu:

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.
Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Comments

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts