Minat Menjadi Penulis?

Menulis atau menaip? Kedua-duanya tetap sama.

Mengapa menulis? Sakit hati? Pemalu? Takut tersalah cakap? Suara tak kuat macam tarzan? Emosi? Kecewa? Bisu? Apapun alasan anda menulis, diharap tulisan anda menjadi pembangun semangat, penggegar jiwa, penawar hati dan makanan ilmu kepada insan-insan yang bernama pembaca. Jadi, renungkan sumber yang saya dapat di bawah hasil tulisan Dato’ Haji Muhammad Zakaria dari majalah Solusi Isu 36. Please sort it out yourself..
  1. Untuk mencatat rasa hati
  2. Mencari kepuasan rohaniah
  3. Merancang kehidupan masa muka seperti mencatat di dalam diari
  4. Berbuat kebaikan dengan berdakwah melalui pena
  5. Menukar imaginasi menjadi realiti atau menukar visual menjadi perkataan atau teks
  6. Membangunkan kemahiran baru. Ahli psikologi berkata bahawa seseorang itu mampu memiliki 120 kemahiran yang berlainan. Anda ada berapa?
  7. Melatih minda berfikir secara sistematik kerana ketika menulis , anda meluahkan isi hati anda secara teratur
  8. Menangani emosi. Kalau anda sedih, cuba luahkan kesedihan anda itu melalui prosa atau puisi.
  9. Melahirkan empati dan pembelaan.
  10. Melebarkan jaringan ukhuwah seperti menulis surat, blog dan sebagainya.
  11. Kepuasan mendapat royalti.

Rasanya, majoriti rakyat Malaysia adalah penulis sebenarnya. Kalau tak percaya, bukalah wall pada Facebook anda. The best and only the best will do. Kadang-kadang sampai status member buat semak je kat wall.

p/s: saya tiada facebook..

Comments

Popular Posts