Saya Nak Jadi 'Baik'!

Pernahkah anda terfikir bahawa hari ini anda mahu jadi lebih baik daripada semalam. Atau hari esok anda mahu jadi lebih baik daripada hari ini. Ya, saya tidak terkecuali. Benarkah jadi orang baik ni sukar? Buat apa nak jadi orang baik? Bukankah rugi menjadi orang baik. Bahkan ada dikalangan atheis yang mempersendakan manusia beragama yang berbuat baik kerana mereka berbuat baik kerana takut diazab.

Tetapi kita orang islam bahkan lebih mengetahui kenapa berbuat baik. Kerana kita tahu kita adalah hambanya. Apakah tugas seorang hamba. Tetapi sehamba-hamba kita pun, ganjaran kita kelak pun tidak mampu ditunaikan oleh seorang tuan kepada seorang hamba sahayanya.

Saya ni baik sangat ke samapai nak ceramah orang. Hmm..saya sedar sebenarnya saya bukanlah sebaik seperti yang ditulis seperti di dalam blog saya. Tetapi saya pun nak jadi baik. Saya ingin dibimbing oleh kawan-kawan baik budi pekerti dan menjaga hubungan dengan Allah. Tetapi saya terlalu berdalih untuk berjumpa dengan manusia sebegitu. Kerana sebelum ini saya telah mensia-siakan mereka.


"Jom kita pergi masjid"

"Jom dengar ceramah!"

"Boleh tak temankan aku pergi halaqoh?"

"Kalau sempat, haraplah kau ikut aku pergi usrah"

Perghh. Ya Allah! Berikanlah aku sahabat sebegini. Aku merayu padamu. Aku perlukan mereka. Aku terlalu jahat untuk duduk seorang diri. Ya, aku sedar aku selama ni bukanlah orang yang baik semasa di kampus pun. Selalu dicap sebagai 'garang' oleh budak perempuan kelas aku sebab banyak karenah.

Tetapi itu bukan aku. Aku cuma biasa dibesarkan dalam suasana begini. Dah tiba masa aku mencari semula hidayah yang kau rentap seketika dari pohon hati ya Allah. Semoga perjalananku ini tidak sia-sia. Ameen..

Comments

Popular Posts