Peningkatan Nasyid Era Kini..Wow!!

Sejak kebelakangan ni saya melayan lagu nasyid macam baru ada ketenangan. Penat melayan lagu rock yang kadang-kadang mengundang rasa resah dalam hati. Saya ni dah jadi macam pengkritik lagu pula kan. haha. Tapi tak salah kan nak bercerita tentang lagu yang sepatutnya menjadi halwa telinga seterusnya menjadi santapan rohani.

Hafiz Hamidun. Kalau peminat lagu nasyid mesti kenal hamba Allah yang ini. Saya pun tak berapa nak kenal. tetapi disebabkan beliaulah tetiba minat saya pada nasyid kembali subur. Lagu-lagu beliau seperti Astaghfirullah, Rindu dan last kali dan paling best adalah CERITA HATI. Lagu ni menyemai kembali ingatan kepada bibit-bibit permulaan kumpulan nasyid seperti UNIC dan InTeam sewaktu mula-mula memasuki industri nasyid.

__________________________________________________________
LIRIK LAGU CERITA HATI- HAFIZ HAMIDUN


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta
____________________________________________________


Mirwana. Kini tampil segar dengan lagu "ITU INI BEGITU BEGINI" yang sarat dengan mesej dakwah walaupun berbeza imej Islamik yang dibawakan mereka dahulu. Lagu ini dengan hasil kolaborasi dengan Altimet yang menyampaikan mesej dalam irama rap sangat bijak kerana cuba menyusup dalam minda belia yang sedang dahagakan irama rancak.

Walau apapun lagu nasyid yang muncul, lagu nasyid paling best dan tetap berada di hati adalah lagu nyanyian kumpulan Firdaus ketika mereka masih awal remaja. Tajuknya 'Permata Ayah Bonda'.


Terima kasih kerana membaca sekian dari admin Bssilver - Superman ;-P

Comments

Popular Posts