Alam Maya Itu Bahaya

kredit: http://1.bp.blogspot.com

 Esok Wan (sepupu) atau nama sebenarnya Mohd Hizuan bin Hesam akan bertunang di Segamat, Johor. Tahniah la wahai Wan. Teringat dari kecik kita selalu main pondok-pondok kat perumahan setinggan dulu. Yalah, dulu rumah kita dekat. Selalu main longkang. Teringat lagi aku kena hukum sebab baling batu kat tingkap rumah orang dengan niat seronok-seronok. Tapi memang pengalaman tinggal kat rumah setinggan paling best. Nak cakap saya ni jahat, budak kecik mana yau apa-apa kan? hehehe..

Dalam minggu lalu, saya melayari alam maya tiba-tiba saya terjumpa satu tulisan dari langitilahi.com yang bertajuk TERPERANGKAP DI ALAM MAYA. Menarik. Dah lama saya terfikirkan benda ini. Akhirnya ada juga manusia terfikirkan benda ini. Fuyoo..harap-haraplah tidak terkena batang hidung sendiri.

Hmm...masalah ini kalau hendak dikatakan melarat, saya tiada bukti tetapi saya rasakan satu realiti dimana belia tidak boleh hidup tanpa internet. Ya. Memang seronok kita dalam membuka profil-profil orang. Mengklik pada ruangan gambar-gambar orang lain. Mengamati wajah comel-comel dan kacak-kacak. Lepas itu kita pun tulis la komen atau update sambil menunggu respon dari hamba-hamba Allah yang lain.

Seronok bermain dengan dunia siber. Malahan saya sebagai designer separuh masa pun terperangkap dengan alam siber juga. Tetapi selalu saya beristighfar bila rasa sudah jauh terperosok ke dalam. Dan ketika ini, saya sentiasa terbayangkan rumah nenek di Batu Pahat yang permai tanpa kemudahan sebegini.

kredit: http://files.witnessthis.co.za

Ya, saya sentiasa tidak sabar-sabar pulang ke kampung untuk melarikan diri dan bermusahabah diri mengenai ketagihan pada alam maya. Tenang. Kadang-kadang ditakuti sikap ujub dan riak bersarang dalam hati seterusnya menunjuk-nunjuk bakat di alam maya yang tiada zat. Suasana kampunglah paling saya sukai kerana saya berjaya memisahkan diri dari mangsa kekejaman rejim internet.

Itulah kita sebagai manusia biasa tetap melakukan kesalahan dan dosa kerana kita bukan nabi yang bersifat maksum. Malah hendaklah kita sentiasa menerima teguran kerana kita bukanlah sempurna dan barangsiapa yang tidak suka dikritik malah tatkala itu sifat ujub dan takbur akan mencengkam dan menghambat kita. Ini kerana syaitan sentiasa menunggu peluang di dalam kesolehan seseorang.

Teringat satu dialog watak Abdullah Khairul Azzam di dalam filem 'KETIKA CINTA BERTASBIH'. Tetapi agak-agak samar sebab dah lama tinggalkan cerita tu. Dialog agak berbunyi begini:

"Barangsiapa yang yakin dan merasakan dirinya benar-benar khusyuk dan tawaduk, maka jelaslah dia seorang yang Takabbur. Masyaallah, begitu halus syaitan mempermainkan hati kita".

Kalau tak silap saya, ini merupakan petikan dari kitab Al-Hikam.

Banyak perbezaan saya dengan watak Abdullah ni. Huhu. Sedihnyer..
Oleh itu, hendaklah kita sebagai golongan generasi muda berhati-hati dalam setiap apa kita lakukan dalam penulisan di alam maya. Malah pernah saya melihat beberapa orang pelajar yang dalam laman sosialny begitu hebat mempromosikan kehebatan dan keburukan sesuatu. Tetapi saya hampir menangis melihat realitinya..

Subhanaallah. Moga2 diri saya dan kita tidak terjerumus ke arah itu. Insyaallah. Jadi jom sama-sama jadi pemuda dan pemudi yang best dan sempoi serta tidak terjerumus ke kancah 'indah khabar dari. Jadi, marilah sambil menulis, kita pun amalkan sekali.. (jom main game Blackshot kejap) :-)

Comments

Popular Posts