Kalau Jadi Youtuber Apa Boleh Dapat?

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera diucapkan kepada pembaca dan semua yang tidak mengenali diri ini. Di sini saya ingin mengumumkan bahawa EURO 2012 telahpun berlangsung selama 5 hari berturut-turut dan dijangka bakal mengancam produktiviti pekerja-pekerja daripada golongan lelaki. Tempiasnya juga dapat saya rasai kerana saya adalah salah seorang yang agak meminati bolasepak secara regular. Tapi bukan extreme sangat pun tau.

Di pagi yang mulia ini sebelum saya memulakan pekerjaan saya, saya macam biasa akan terperangkap di alam maya untuk meggeledah sumber inspirasi untuk diketengahkan dalam blog saya. Orang kata, kalau jarang menaip/menulis maka skil akan beransur hilang..



Seronok tak menonton YOUTUBE? rasanya yang baca post ini pun pasti kenal dengan nama-nama seperti Mat Luthfi, Aiman Azlan, dan Farady kan? Hmm, mereka sangat terkenal. Saya? Bakal kot? CeWAHH... Sebenarnya teringin juga bermain dengan video-video tetapi rasanya saya masih belum sedia lagi nak letak muka terpampang mcam tu..

Buat masa ni, saya sedang mengenalpasti ilham untuk diutara, selatan, timur dan baratkan kedalam channel saya nanti. Kalau nak jadi YOUTUBER ni agak payah. Nak buat macammana? Rasanya saya ada idea sedikit:

1. Dapatkan pengunjung atau viewer dulu seperti letakkan komen pada channel atau video orang lain
2. Buat video yang mudah dan senang dicari seperti video lagu. Letakkan lirik, audio dan gambar sahaja.
3. Gunakan Windows Movie Maker sahaja lebih mudah.



Haa..bila dah ada banyak viewer atau subscriber, barulah ada semangat nak buat video yang berat isinya. Agak-agak saya akan jadi Youtuber ke? Hmmm... Anywy, nama channel saya adalah "nazvu". Kenapa nazvu? sebab view= v.u = vu = naz+vu = nazvu. Look out. Brace yourself. A new youtuber is here. (",)

Comments

Popular Posts