Umur masih muda? Mengarutlah

 “Saya baru 20 tahun, masih ada masa”

“Biarkan dia, dia baru 21 tahun”

“ Saya ada masa untuk mencuba,lagipun saya masih muda”

Pernyataan di atas seringkali diungkapkan oleh remaja dan para belia masa kini. Ayat ini dikatakan sangat trend dan saya juga tidak terkecuali untuk mengungkapkannya..

Saya tahu apabila kita membincangkan tentang umur maka kita mesti mengaitkannya dengan ajal atau maut. Rasanya kalau kalau saya taip lagi tentang perihal ini mesti ramai yang akan meremang bulu roma dan tergetar hati kerana siapa tahu Malaikat Izrail tengah buat apa sekarang ni.. Lagipun bagi saya; Umur makin bertambah tetapi hayat makin sedikit.

Haa..Tapi perbincangan saya kali ini akan menggunakan pendekatan yang berbeza dan lebih harmoni dan jangan tutup blog ini jika anda takut membaca mengenai ‘kematian’ kerana seterusnya saya akan bercakap mengenai perihal yang lebih best (kononnya).

Sultan Muhammad Al-Fateh

Baginda bagi saya adalah pemuda kedua ter‘best’ selepas Rasulullah S.A.W. Paling best bila baca novel dia yang bertajuk ‘Sultan Muhammad Al-Fateh’. Umurnya baru 19 tahun sudah mula memimpin negara dan mula mengatur strategi peperangan. Semuanya demi menakluki Kota Konstantinopel yang menjadi impian untuk ditakluki sejak zaman Khulafa Ar-Rasyidin lagi. 800 tahun penantian menjadi realiti apabila baginda hanya berusia 24 tahun telah memimpin seluruh angkatan tentera menakluki kota itu. Bukan setakat itu, umur 20-an begitu baginda telah mendidik seluruh tentera dan rakyat agar menjadi sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat ketika itu sekaligus membukti hadith yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah. Dan part yang paling best apabila baginda suruh kapal perang berlayar di atas daratan. Bukan sebijik, tapi 30 bijik..

Kita pula selalu berfikir seperti yang dibawah;

“Tapi itukan sebab dia seorang Raja, mestilah dia ada banyak kemampuan. Dia ada tanah untuk diperintah, dia ada pengikut untuk dipimpin.. Lepas itu dia ada ilmu agama yang diasuh sejak kecil, tapi saya kureng..  Lepas tu dia sudah dijamin dalam hadith, tapi kita tidak.. Saya tiada banyak masa sebab saya bla..bla..bla.. Lagipun saya masih muda..”

Kemungkinan besar saya pun terlibat sekali. Rasanya cukuplah kot kita berkata sedemikian kerana bersyukurlah umur kita masih muda dan terbaca post ini kerana ini merupakan seruan saya terhadap diri saya sendiri dan saya mengajak orang lain agar mengakhiri pemikiran sebegini. Dan saya banyak kali dengar sahabat saya berkata: Kita biar jadi Raja tanpa tanah, jadi pemimpin tanpa pengikut. Kerana amalan kita masa muda lebih berharga berbanding amalan baik kita diri hari tua. Semoga impian saya untuk menjadi seorang Juruukur Bangunan yang baik menjadi suatu ibadah dan jihad ke jalan Allah.

Kepada sesiapa yang rasakan dirinya mempunyai kemampuan terbatas seperti susah nak lulus walaupun sudah mencuba, asyik melihat pelajar lain naik dekan tetapi diri masih belum, assignment orang lain lebih baik dari kita, rasanya mungkin sesuatu perlu dilakukan dilakukan kita agar kita sentiasa tidak merendah diri kerana belum tentu yang bijak pandai itu memelihara agamanya, menjaga kebajikan rakan-rakannya dan bakal menyumbang sesuatu kepada masyarakat sambil kita dapat menumpang kemanisan kejayaannya.

Umur masih muda bukan menjadi ‘alasan’ tetapi suatu ‘persoalan’. Sudah 20 tahun kamu hidup, apakah yang telah kamu buat?

Masih muda dan tegap. Hensem pun hensem..
Zamir, 19 tahun, peserta Masterchef Malaysia. Ada berani?

Jadi, jom kita sama-sama berubah. Agar usia muda digelar ‘Usia Emas’ dan bukan sebaliknya.. Pada pendapat sayalah.. Kalau nak kritik, kritiklah kerana saya perlukan kritikan.. Dan saya amat perlukan bimbingan daripada rakan-rakan sebaya agar tidak menjadi ‘Jauh panggang dari api’.

Comments

Popular Posts