Apa sudah jadi?

Baju bersepah, katil tidak berkemas, objektif assignment lari entah ke mana.. Bisa gawat jika terusan begini.. Ahh, tidak boleh jadi ni! Kalau berterusan, saya akan kehilangan motivasi untuk terus maju. Yalah, budak lelaki memang suka buat sepah tetapi waspadalah kerana akhlak luaran mencerminkan hati kita. Kalau dah assignment selalu lari objektif, bilik bersepah, macamana nak nasihat orang kan? Paku dulang paku serpih, dok nasihat orang tapi saya yang lebih-lebih.. hehehe

Tak tahulah tiba-tiba mata saya sakit tengok kerosakan dan kemusnahan yang saya lakukan di dalam bilik saya. Kalau difikirkan semula, saya tertinggal satu perkara yang paling penting iaitu 'motivasi'. Ya, sudah lama saya tidak membaca buku-buku motivasi daripada Dr. H.M Tuah kerana buku daripada beliau telah sedikit sebanyak berjaya menggerakkan pemikiran saya. Amat sukar sebenarnya untuk saya terus merajinkan diri tanpa nasihat dan motivasi yang berterusan. Paling ketara sekarang, saya telah melupakan kepentingan membaca buku dan secara langsung telah melenyapkan sedikit demi sedikit skil penulisan saya! Saya akui amat sukar untuk saya menandingi karya-karya (dah macam sasterawan la pulak) saya yang dahulu.

Beruntunglah sesiapa yang dapat baucer RM200 untuk pelajar-pelajar IPT kerana saya belum menerimanya dan berkemungkinan besar peluang itu mungkin sudah tertutup kerana saya sedang praktikal sekarang dan hampir tiada masa untuk mengambilnya.

Buat julung kalinya, saya umumkan bahawa saya benar-benar sudah kering idea untuk menaip kali ini! AAhhh,, tIdAAKk!! Saya kena cepat-cepat cari sebuah buku untuk dibaca selepas ini.. dan mengemas pakaian yang kelihatan seperti dilanda Tsunami..

Comments

Popular Posts