Tahun Baru Masihi 2012..

Banyak yang diperkatakan oleh semua masyarakat dunia tentang tahun 2012. Ada yang mengatakan ianya adalah tahun penghujung dunia iaitu hari Kiamat! Orang Barat pula begitu tekun untuk menyelidiki tentang kebenaran mitos suatu kaum yang popular iaitu kaum Maya yang terkenal dengan ilmu astronomi  ataupun ilmu falak. Sehinggakan mereka bertungkus-lumus menyiapkan cerita yang paling saya boring bila tengok happy ending dia iaitu '2012'.

Penulis buku ini bagaimanapun menyangkal bahawa kaum Maya meramal kiamat dan sekadar dicanang palsu oleh Barat
The worst film I ever watched..grr
Sebenarnya saya agak kurang berselera nak bercerita tentang perihal kaitan konspirasi Dajjal dan Kaum Maya dalam blog ni walaupun saya amat menggemari buku-buku tersebut yang amat banyak di rumah saya.

TAHUN 2011: Tahun yang amat mengajar saya tentang kemanisan dan kepahitan menjadi seorang pelajar yang sebenar-benar pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku membabitkan saya dan seluruh pelajar warga UiTM Perak khususnya warga Ukur Bangunan AP119. Tahun 2011 adalah kali pertama menduduki rumah sewa dalam seumur hidup bersama kawan-kawan. Zarul Perfect, Faisal Legend, Maharaja Emy, dan Abang Long Kerol tidak pernah berhenti untuk mengajarkan saya erti untuk hidup di dunia luar kampus (emosi la pula). Thanks guys! You all might be the best chapter in my life story.
Malaysia dan Thailand menerima ujian yang hampir serupa pada tahun 2011

KINI 2012!!!

Semoga azam yang belum ternampak sejak Awal Muharram yang sudah berlalu mampu diniatkan semula untuk dimulakan pada awal Tahun 2012. Sepatutnya tidak perlu menjadi khilaf sama ada azam baru dimulakan pada 1 Januari ataupun 1 Muharram kerana apa yang penting adalah pengisiannya betul tak. Ada apa dengan 2012? Adalah tu.. ;-P

Comments

Popular Posts