Pohon Hati: Manusia tidak pernah puas?

        What do you think? Ahha… I knew it!! Betul kan manusia memang tak pernah puas. Terjadinya kepuasan kerana bermula dari hati berpangkalkan kepada nafsu ataupun iman. Jika manusia berbatangkan iman dan berimbunkan nafsu, maka nafsu itu tadi akan menutup cahaya matahari yang bertindak sebagai hidayah kepada batang iman tadi. Akhirnya hati sentiasa tidak merasa puas kerana fitrah sebenar manusia pada permulaan kejadian adalah berkehendakkan pada kepada kebaikan. Sebab itulah saya memilih iman sebagai ‘batang’ dan nafsu sebagai ‘rimbunan’ dedaun. Tapi kenapa ada juga yang berbuat jahat? Jawapannya adalah kerana pemilik ‘Pohon Hati’ itu tadi tidak mahu mencantas rimbunan nafsu agar dapat tercapai sedikit cahaya kepada batang iman itu tadi. Iman pada manusia tetap ada, kerana ianya adalah ‘batang’. Manakala nafsu boleh dicantas agar batang itu tadi tidak terlindung oleh cahayaNya.

Puaskah hati bila kita memarahi orang yang kita benci?

         Iman dan nafsu saling melengkapi agar ianya menjadi sebuah Pohon Hati. Manusia mesti mempunyai iman dan nafsu agar ia dapat terus meneroka dan mengembara dunia ciptaan Ilahi. Dan dengan dunia yang serba mencabar ini, setiap dari kita tidak dapat lari daripada terus dihimpit nafsu kerana kepuasan untuk memiliki.


        Saya yang juga merupakan seorang pelajar tidak terkecuali daripada mendapat tempias untuk menggunakan duit sekadar suka-suka demi memuaskan hati yang amat bercita-cita. Boleh kot? Asalkan barang yang dibeli adalah halal dan mampu membuatkan fikiran saya tenang daripada terus dihantui sepanjang malam. (Itu jer niat asal saya nak tulis post ini..hehehe)


        Sebenarnya ada tragedi yang berlaku pada saya dan Irox pada minggu lepas. Kami berdua sangat-sangat berhajat (sebenarnya saya yang beria-ia) untuk makan di Pizza H*t.. Kebetulan lalu pula depan restoran KFC sambil memerhatikan orang yang duduk makan di laman hadapan KFC dengan 2 ketul ayam yang besar bersama sos cili biasa dan sos cili Thai di sisinya. Maka saya dan Irox menzahirkan keinginan kepada menu KFC secara serentak. Tapi akhirnya saya bulatkan tekad dan mengheret Irox kedalam retoran pizza tersebut kerana lapar dan mengidam la kononnya..


        Ketika saya dan Irox makan pizza yang di-order, kami sekali lagi diserang dengan keinginan terhadap ayam goreng KFC yang menggoda itu tadi. Dan akhirnya tekak kami seolah-olah menolak untuk terus menerima pizza agar kami boleh menyahut cabaran Ayam Goreng KFC tadi! Tapi saya terus menerus menghabiskan pizza bersaiz large itu walaupun sudah tiada kehendak. Irox tertewas dan berhenti makan. Saya dengan pantas umpama printer laser Canon terus mencapai botol sos dan curah di atas pizza kerana mahu menipu diri sendiri dan tak mahu membazir. Ianya juga kerana jenama sos yang digunakan oleh Pizza H*t adalah sama dengan KFC. Lalu sos tersebut terus menghantar mesej di tekak saya  bahawa “anda bukan makan pizza tapi KFC…”. Cubaan yang agak baik.


         Dan hari ini saya cakap kat Irox yang saya nak makan KFC kerana geram dengan situasi yang berlaku pada hari tersebut. Dia pun sama. Itulah kita sebagai manusia bukan senang nak puaskan hati kita sendiri.

Comments

Popular Posts