Kursus Pemuliharaan dan Penyenggaraan Bangunan



Bismillahirrahmanirrahim.

Bersyukur kini dengan limpah kurnianya, Jabatan Ukur Bangunan, UiTM Perak diberi mandat khas oleh pihak Bahagian Senggara Aset Negeri, JKR Johor untuk mengelolakan sebuah kursus mengenai cara-cara pemuliharaan dan penyenggaraan bangunan. Kursus ini bertujuan bagi memantapkan lagi kepakaran dan pengurusan JKR Johor terhadap aset-aset negeri seperti bangunan pentadbiran, istana-istana, dan bangunan-bangunan warisan.

Saya telah mencadangkan agar kursus ini dijalankan di Pulau Pangkor, Perak. Sasaran jumlah peserta yang akan menghadiri kursus ini adalah seramai 40 orang. Setakat ini tiada tarikh rasmi yang ditetapkan oleh majikan saya iaitu En. Hilmi dalam menentukan tarikh yang sesuai, tetapi beliau ada menyarankan agar saya turut ada bersama dalam kursus itu sebelum tempoh latihan praktikal tamat. Jadi saya telah memilih tarikh 3-5 Mac 2012 sebagai tarikh yang ideal memandangkan pada bulan Mac juga saya akan tamat latihan praktikal.

Alangkah seronoknya kali ini jika saya benar-benar dapat ke Pulau Pangkor kali ini! Dulu pernah sekali member-member ada ajak semasa Part 1 dulu. Tetapi saya menolak dengan alasan datang ke Perak untuk belajar di samping menjimatkan perbelanjaan. Jika benar program 'Kursus Pemuliharaan dan Penyenggaraan Bangunan' dapat dilakukan di Pulau Pangkor seperti yang saya cadangkan, satu kejayaan besar bagi saya sepanjang 3 tahun menjadi pelajar Juruukur Bangunan. Ini petanda positif kerana pihak kerajaan mula terasa kepentingan profesion Juruukur Bangunan @ Building Surveyor adalah sangat bermanfaat dalam industri binaan semasa dan bukan sekadar kepentingan individu semata!

Comments

Popular Posts