Kepuasan Diri

Jangan bawa masalah anda pulang ke rumah kerana itu membuatkan anda lebih suka keluar rumah. Believe me!

"~Balik kampung...woohoo..balik kampung~~"

Lagu ni terkenal kalah lagu-lagu rock dan balada zaman sekarang ni. Dan perasan atau tidak, lagu cuma ni  sesuai dinyanyikan dalam kereta atau bas sahaja. Betul kan? Kehebatan aura lagu nyanyian Allahyarham Sudirman ini sebenarnya tidak mempunyai perkataan 'RAYA' dalam liriknya tetapi kenapa pula kita hanya dendangkan ketika hari raya pula kan? Yang penting bila kita nyanyi lagu ni macam Tarzan kat hutan mesti hati rasa puas walaupun kereta sebelah asyik dok usyar kereta kita sambil memerhatikan mulut kita terkumat-kamit macam baca jampi serapah kan! Peduli hapa, janji hati puas..

Dan sengaja saya tulis post sebegini kerana saya suka menyanyi dalam kereta. Dan saya tak puas hati kerana tingkap kereta saya tak cukup gelap untuk saya menyanyi tanpa kenderaan di kiri dan kanan perhatikan saya menyanyi! Tapi nasib baik saya muka tembok dan terus menyanyi kerana suka hati saya la.. Hahaha.. Dan kenapa saya suka menyanyi dalam kereta? Sebab itulah waktu paling mujarab nak hilangkan tension dan penat seharian dan ianya memang terbukti berkesan!! Jadi, saya hanya pulang ke rumah dan tinggalkan semua masalah pejabat di jalan raya sebab Rumahku Syurgaku. Dan jikalau anda mahukan lebih mujarab, pada hemat saya, gunakan ubat jenis 'Rock' dan 'Pop'.. Tetapi kalau anda peminat nasyid? Pastikan anda pilih UNIC atau penyanyi solo Yasin kerana jika tidak, hati anda akan terbuai-buai..

Comments

Popular Posts