Ukur Bangunan di Malaysia

sumber: google image


Sudah lama tidak saya membuka blog Official Website of Building Survey Malaysia. Kali ini menggaru kepala yang tidak gatal melihat beberapa guest yang menaip beberapa soalan pada ruangan chat di dalam blog itu. Tidak berjawab. Paling hebat pun jawapan tidak memuaskan. Ramai yang tertanya-tanya mengenai masa depan diri mereka yang sedang terlibat mahupun akan terlibat dalam pengajian Ukur Bangunan a.k.a Building Survey di Malaysia ini. Tambahan pula, sudah lama blog itu tidak di-update menyerlahkan lagi beberapa masalah yang sedang di hadapi. Ini pasti merumitkan bakal pelajar yang akan mengikuti Program Ukur Bangunan di Malaysia.

        Untuk pengetahuan para pembaca, diharap buang perasaan bimbang 'di atas pagar' anda jauh-jauh. Pada mulanya saya juga kali merasa bimbang melihatkan beberapa kali isu Ukur Bangunan dibawa ke dalam media elektronik tempatan yang mempersoalkan hala tuju dan nasib perjuangan mereka. Pada pendapat saya, tiada masalah buat mereka yang mahu meneruskan Program Ukur Bangunan baik untuk peringkat Diploma mahupun peringkat Ijazah. Ini kerana badan berkanun, Institution of Surveyors Malaysia (ISM) sudah mewartakan bahawa mereka mengiktiraf empat (4) profesion juruukur di Malaysia.
  1. Property Consultancy Valuation Surveying 
  2. Land Surveying
  3. Quantity Surveying
  4. Building Surveying
        Nombor 4 adalah Ukur Bangunan yang menurut laman facebook mereka dan laman Universiti Malaya berfungsi sebagai menawarkan kepakaran dalam pengurusan pemajuan bangunan atau hartanah seperti pengurusan pembinaan dan projek, selenggara dan pembaikan bangunan, pembaikan (refurbishment) dan pemuliharaan (restoration) bangunan lama atau bersejarah, undang-undang dan peraturan bangunan, kerja-kerja merobohkan (demolition) dan pemajuan hartanah. Profesion ini juga diiktiraf oleh Association of Building Engineers (ABE) UK, dan  Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS) UK.

PEKERJAAN

Dari segi tawaran pekerjaan, kita boleh memilih antara dua sektor iaitu sektor swasta atau kerajaan. Saya hanya sempat mengambil beberapa contoh sektor pekerjaan daripada kerajaan. Pada laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) , terdapat dua jenis karier yang terbahagi kepada lepasan Ijazah ataupun Diploma. Untuk lepasan Diploma, kita ditawarkan Pembantu Teknik (Ukur Bangunan) Gred J29. Khas untuk lepasan Ijazah atau setaraf kita ditawarkan sebagai Juru Ukur Bangunan Gred J41. Jika kita menceburi sektor swasta maka lebih pelbagai. Anda boleh berada di kerusi tapak bina sebagai pengurus ataupun boleh berada di bangunan yang sudah siap sebagai Building Manager. Beberapa lagi contoh boleh dilihat pada pengurusan manitenance bangunan berfungsi besar seperti hotel dan pusat membeli-belah.

        Daripada pengalaman saya bertugas sebagai pelajar praktikal di Jabatan Kerja Raya Negeri Johor didapati profesion seperti Ukur Bangunan amat diperlukan bagi mengurangkan pengaliran wang keluar bertujuan membaikpulih bangunan dan mengenalpasti semua elemen di dalam bangunan yang tidak dipelajari oleh jurusan yang lain. Amatlah penting dimaklumkan beberapa bulan yang lepas (tarikh tidak pasti), pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menubuhkan satu jabatan baru dikenali dengan nama rasmi sebagai Jabatan Senggara untuk menempatkan profesional seperti Juruukur Bangunan bagi memantau dan menjaga aset kerajaan. Sebenarnya saya baru mengetahui perihal ini semenjak mengikuti latihan praktikal baru-baru ini.

Tiadalah saya berniat untuk mendahului mana-mana pihak atau bersifat berat sebelah dalam entri saya kali ini. 

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya pelajar ingin belajar,
Kalau silap dan salah tolong tunjukkan.

        Begitulah hakikat yang perlu saya telan dalam proses untuk belajar. Apa yang saya lakukan ini adalah sebagai ibadah dan sekadar apa yang termampu bagi mengisi kekosongan pemikiran yang masih mentah. Saya juga masih terkilan melihat nasib blog rasmi Ukur Bangunan Malaysia kerana tiada pihak yang meng-update atau bertanggungjawab menjawab permasalahan yang timbul dari kalangan pelajar itu sendiri. Rasanya Sr. Pn Azfahani sahaja yang rajin membuat beberapa kajian susulan mengenai bidang ini di samping membina blog sendiri. Saya ingin sekali mengucapkan selamat berjaya kepada beliau yang kini berada di Universiti of Auckland bagi meluaskan lagi ilmu beliau dalam peringkat PhD pula. Walaupun dalam kesibukan itu (mungkin), beliau masih mampu menyumbangkan tenaga beliau dalam menghidupkan Building Surveying di negara ini.

Saya sebenarnya dah terlalu lama berkira-kira untuk menukar nama blog ini kepada Blog Pelajar Ukur Bangunan.. Mungkin Tabir Hidup tiada aura untuk bersifat komprehensif untuk mengundang para 'ingin tahu' untuk mengenali jurusan Ukur Bangunan ini. 

Comments

  1. saya bekas diploma in building survey. tapi saya belum ada apa2 perkerjaan yang melibatkan building survey ini.... adakah diploma saya ini tidak bernilai.. ataupun saya yg kurang pandai... harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak. anda perlukan usaha untuk menoljolkan diri anda. diploma building surveyor amat berguna dlm smua bidang. usaha lg tuan

      Delete
  2. Saya pun graduan dlm bidang BS. so, sekarang saya kerja dlm bidang maintenance. Dari situ bnyk perkara saya belajar. Cuma sedang mencari peluang untuk pergi lebih jauh. Dalam sektor awam ni kurang peluang pekerjaan sebagai BS. BIASALAHHH...Hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts