Jam Paling Besar

ABRAJ AL-BAIT
Kebanggaan umat Islam

        Tahukah anda bahawa umat Islam kini memiliki sebuah jam besar yang dibina pada sebuah menara dan kini ianya diiktiraf sebagai Menara Jam Tertinggi di Dunia, Jam Terbesar Dunia dan juga merupakan Bangunan Terbesar di Dunia (bukan tertinggi)! Wah, hebat dan kagum bila terdetik untuk menyiasat kewujudan bangunan ini. Dibina oleh pihak Arab Saudi menelan perbelanjaan sebanyak 2 billion dolar US, ianya terletak di seberang jalan yang memisahkan bangunan ini dengan pintu masuk ke Masjidil Haram. Ketinggian Abraj Al-Bait telah meletakkannya sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai. Walaupun saya belum menjumpai sumber yang sah mengiiktiraf bahawa ini adalah bangunan kedua tertinggi dunia tetapi dengan 601 meter sudah cukup untuk memintas Bangunan Taipei 101 yang setinggi 509 meter dimana sebelumnya diiktiraf kedua tertinggi.

        Pembinaan Abraj Al-Bait adalah sangat bercirikan Islamik dengan simbol bulan sebesar alam di puncaknya diikuti hiasan kalimah 'Allah' dalam tulisan Arab di atas muka jam. Bahan-bahan utama pembinaan Abraj Al-Bait adalah kaca, steel, marble, dan konkrit bertetulang. Dibina oleh syarikat terbesar Arab Saudi, Saudi Binladin Group (macam perasan sesuatu tak..hehe).Fungsi bangunan ini adalah selain sebagai menara jam dan juga sebagai hotel penginapan, kompleks membeli belah, dan perumahan tetap.

KEISTIMEWAAN


Memancarkan cahaya sejauh 25 kilometer!
        Yang dahsyat tentang Abraj Al-Bait adalah kerana JAM BESAR yang menjadi simbolik kepada bangunan ini. Mengapa? Kerana setiap daripada empat muka jam yang terletak di setiap sisi bangunan ini akan memancarkan cahaya sejauh kira-kira 25 kilometer untuk memberitahu bahawa sudah masuk waktu lima solat fardhu! Kepakaran untuk membina jam ini telah dibina oleh syarikat kejuruteraan dari Swiss iaitu Straintec. Muka jam ini dibina menggunakan 2 juta lampu LED yang terdiri daripada warna hijau dan putih menyamai warna bendera Arab Saudi.

        Sekadar itu sahaja yang ingin saya ceritakan tentang bangunan yang sangat menarik minat saya ini iaitu Abraj Al-Bait. Untuk mengetahui lebih lanjut, taip kat google dan klik 'search', confirm keluar. (Hahaha..) Setakat ini, tidak dapat saya membayangkan bagaimana pihak pengurusan mahu meng'out-source'kan bahagian maintenance yang pastinya akan mengundang banyak masalah defects pada masa akan datang. Belum tentu CMMS (Computerized Maintenance Module System) dapat banyak membantu pihak maintenance kerana hendak key-in data pun mungkin memakan masa yang mampu membunuh jiwa si pembuat tu.

        Bila melihat bangunan ini, teringat pula sahabat lama saya, Jaber yang sudah bertahun-tahun lamanya terputus hubungan. Sebelum kami terpisah, dia pernah berkata nak bina hotel di sekitar Mekah dan hanya saya yang boleh tinggal secara PERCUMA kat situ! Tambah beliau, saya hanya perlu sebut nama penuh saya di kaunter reception dan nama saya akan terpapar sebagai orang paling rapat dengan pemilik hotel. Semoga Allah akan merahmati beliau dimana sahaja beliau berada. Ameen..

Comments

Popular Posts