BOLA SEPAK LA PULAK

Yeah, kali ini nak keluar sedikit daripada formaliti. Nak borak-borak dengan kamu semua ni pasal bola pulak. Kenapa? Sebab ini blog saya maka secara automatik saya boleh tulis apa sahaja yang saya mahu kann. ;-D

SELAMANYA HARIMAU MALAYA!

4 orang paling hadapan ni senior. Cume yang paling balakang tu je skuad Olimpik.

Rabu, bertarikh 23 November 2011, pasukan bolasepak Harimau Malaya kita telah menentang skuad Syria dalam perlawanan pra-Olimpik. Malaysia tewas kali ini kerana bolos 2 gol pada second half.. hehe. Nasib baik saya tak tengok second half tu. Kalau tak mesti saya sedih dan hilang arah laksana kapten Malaysia. Apa nak buat, kita baru je menang Sukan Sea. Nanti kalau kita menang lawan Syria nanti Jawatankuasa Olimpik cakap kita tamak kemenangan pulak. Baru la saya faham taktik Ong Kim Swee, beliau mahu menanamkan sifat merendah diri dalam setiap pemain. Sebab itulah kita kalah secara sengaja, bukan tak boleh menang pun.
"Ingat semua, jangan shoot kuat sangat, bilik trofi kita penuh sangat nanti"

        Saya sokong keputusan Ong Kim Swee untuk kalah. Saya dah lama tahu rancangan beliau. “Takpe, aku memang nak kalah pun! Lepas ni Izzaq, Shahrul, Baddrol, Fadhli, Fandi dah sembuh nanti baru korang tahu”, demikian kata-kata hati Jurulatih Malaysia itu menurut sumber-sumber yang boleh tidak boleh diharap langsung.. hahaha. Teruskan wahai Malaysiaku, jadikan Skuad Harimau Malaya era Allahyarham Mokhtar Dahari menjadi panduan kamu semua wahai rakyat jelataku, dimana Malaysia ketika itu telah layak ke kejohanan Olimpik yang setaraf Piala Dunia di Munich sebelum menarik diri atas alasan politik yang melanda dunia. (sebab tu la hamba ni bab politik  paling bosan…)

LIVERPOOL FC.


Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi tentang kehebatan Liverpool ini (pleaze dont get furious on me for the other supporters..). Menewaskan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge bersama penampilan semula Maxi Rodriguez serta ketrampilan serangan balas Glen Johnson walaupun hanya seorang defender tetapi telah melengkapi perangkap Luis Suarez sebagai penyerang. Kedudukan di tangga ke-6 liga dengan 22 mata adalah suatu usaha yang agak baik setelah rombakan besar-besaran yang dilakukan King Kenny. Liverpool masih perlu untuk berusaha kuat dalam mendapat kuasa mereka semula dalam liga. Perlu untuk menewaskan Manchester City pada Ahad ini untuk merampas publisiti sekaligus meningkatkan moral pemain

Comments

Popular Posts