Menelusuri Pengurusan Aset Negeri Johor

Pengalaman selama seminggu bertugas sebagai pelajar pelatih JKR Negeri Johor nampaknya mengubah paradigma saya dan menganjakkan kebolehan saya ke suatu tahap berfikir secara kritikal. Bukan semudah yang saya anggap semasa mendengar cakap-cakap senior dan pensyarah yang pernah singgah di fikiran saya di beberapa bulan yang lepas. Pernah beberapa kali saya hati saya diusik dengan khabaran seperti "buat apa praktikal ngan JKR?", "Praktikal ngan swasta la baru banyak experience" dan tidak ketinggalan "JKR senang je". Saya tidak membantah. Mungkin apa yang diperkatakan mereka ada benarnya.

Sebelum saya berceloteh mengenai urusan praktikal secara selebar-lebarnya, pembaca mestilah diperkenalkan dahulu akar umbi pentadbiran negeri Johor sehingga ke JKR.

PENTADBIRAN NEGERI

Bangunan Sultan Ibrahim- tinggal sejarah

Pentadbiran Negeri Johor sebenarnya terletak di Pusat Bandaraya daerah Johor Bahru. Terletak di Bukit Timbalan, tersergam sebuah bangunan yang sudah berusia kira-kira 150 tahun yang dinamakan Bangunan Sultan Ibrahim yang menempatkan beberapa jabatan pentadbiran negeri. Berikutan dasar kerajaan tempatan mahu membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), mereka telah mewujudkan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) sebagai satu jawatankuasa khas untuk merancang dan membina struktur fizikal dan pengurusan pelaburan untuk WPI. (tolong jangan pening yer). Jadi, Kota Iskandar telah dibina dan dirasmikan pada 16 Apri 2009 bagi mentadbir seluruh negeri Johor.

KOTA ISKANDAR
Kalau perasan ada tertulis 'KOTA ISKANDAR'- sumber: crysjoan.worpress.com
Pemandangan malam.. sumber: www.kotaiskandar.com

Kalau anda nak tahu, di sini la tempat saya bertugas(praktikal) sehingga 30 Mac 2012 nanti. Amatlah tidak terperi berulang alik menaiki Wira 1.5L setiap hari selama 30-40 minit sehingga tarikh akhir latihan praktikal ini. Di sini ada kira-kira 5 buah bangunan utama dan yang selebihnya masih dalam peringkat pembinaan. Nama-nama saintifik bangunan amatlah panjang untuk saya ingati dan susah pula sumber dia. (sebenarnya saya terlupa hendak buka fail yang hanya terletak di atas meja saya di pejabat..hehe)


Terletak dalam kawasan Nusajaya- sumber: www.kotaiskandar.com

Dikenali sebagai C2S
Senibina unik. Maaf kerana bukan gambar milik saya. (tidak pasti namanya)
Bangunan C3S. Dihuni oleh JKR Negeri dan disinilah saya bertugas setiap hari!
sumber: flickr.com
Untuk pengetahuan pembaca lagi, senibina di sini berdasarkan kepada senibina tradisional Johor iaitu Rumah Limas dan beberapa kesenian melayu yang lain, tidak terkecuali juga seni Andalusia. Sebenarnya, apabila saya tiba buat kali pertama di sini saya berasa seolah-olah berada di sebuah bandar tamadun kegemilangan Turki Uthmaniyyah!


JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR

Ya, saya bertugas di sini.. Sebagai pengetahuan tambahan para pembaca lagi, fungsi JKR NEGERI dan JKR DAERAH adalah TIDAK SAMA..! Sengaja saya maklumkan kerana sebagai peringatan kepada rakan-rakan yang selalu berhubung dengan pihak JKR yang selalunya bertujuan mendapatkan maklumat untuk assignment. Ini kerana JKR NEGERI yang saya bertugas sekarang adalah untuk mentadbir dan memantau projek yang dikendalikan oleh JKR DAERAH. Justeru bebanan kerja mereka juga adalah tidak sama. JKR Negeri mentadbir manakala JKR Daerah menjalankan operasi di dalam daerah mereka. Manakala lokasi pejabat masing-masing tidak sama dan mengikut daerah. Selain itu, JKR Negeri hanya ada satu sahaja.

Ok.. jika anda semua sudah faham cerita mengenai hikayat ringkas saya yang tidak seringkas penceritaan Hikayat Puteri Gunung Ledang, maka mudah la cerita saya dalam entri seterusnya. Jumpa lagi ;-)

Comments

Popular Posts