Sesibuk Rasulullah

Hari ini tersentak bila dengar sebuah stesen radio tempatan, IKIM fm.

Penceramah jemputan mengajak para pendengar agar membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran umpama membaca SURAT CINTA. Anggaplah isi Al-Quran itu sebagai ayat-ayat jiwang yang akan menghubungkan kita  sebagai hamba kepada Pencipta yakni Allah.

Dan saya juga terkesima apabila penceramah itu menegur sikap umat Islam zaman sekarang yang suka menggunakan perkataan 'sibuk' sebagai alasan paling konkrit dan pantang dipersoal maka 1000 alasan lagi akan keluar dari mulut kita. Teruatamanya dalam berbuat kebaikan dan amal soleh.

Sejauh manakah sibuk kita?

Beliau bertanya lagi. Jika kita begitu sibuk. Adakah sibuk kita adalah sesibuk Rasulullah. Yakni manusia yang paling sibuk sebenarnya. Baginda begitu padat masanya. Begitu berharga setiap saat. Seluruh alam ini adalah tanggungjawab baginda untuk menyebarkan rahmat.

Abdul Razzaq dengan sanadnya meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, telah menyatakan bahawasanya Nabi S.A.W telah memberitahunya bahawa nur Baginda adalah mula-mula dicipta. Pada waktu itu, tidak ada lagi lauh, qalam, syurga, neraka, langit dan bumi.

Malah Sahih al-Hakim daripada Umar r.a yang bermaksud "Sesungguhnya Adam melihat nama Muhammad s.a.w ditulis di Arasy. Dan Bahawasanya Allah berfirman kepada Adam: 'Kalaulah tidak kerananya, maka Aku tidak menciptakan kamu."

Bahkan Rasulullah adalah makhluk pertama dicipta sebelum kewujudan malaikat dan Adam lagi. Bayangkanlah kesibukan yang perlu Rasulullah tanggung sehingga ke akhir kewafatannya. Malah, tiada kebaikan yang dapat baginda tolak agar dapat dimanfaatkannya.

Jika begitu, kita ada exam, cukup sibukkah kita? Kita ada assignment, cukup sibukkah kita? Sehingga kita merasakan istilah 'sibuk' cukup berkuasa menangani semua tuntutan kebaikan dan hak-hak orang di sekeliling kita. 

Semoga perkongsian ini menjadi manfaat kita bersama agar Hendak seribu daya, tidak mahu maka seribu dalih. Insyaallah. Jika kita mahukan Islam maju dan gemilang semula seperti zaman Abbasiyah, Umayyah dan Turki Uthmaniah. ADALAH TIDAK MUSTAHIL. Kerna seperti yang tertulis dalam buku kegemaran saya 'BEDUK DIKETUK' ini hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, pembangunan Islam bermula dari titipan iman dari dalam hati individu. Kemudian dizahirkan melalui kejujuran dalam urusan seharian. Lalu diterjemahkan dalam kekuatan organisasi syarikat dan pentadbiran. Akhirnya, sistem pembangunan dan ekonomi menjadi bersih dan tiada penindasan. Maka itulah sebaik-baik kemajuan.

Hendaklah kita berfikir semula, jika kemajuan hanya diukur dari fizikal. Tiada roh di dalamnya. Maka adakah ia mampu hidup dan mampu meletakkan pedang di tengkuk musuh-musuh Islam. Muhasabahlah semula kerna roh itu penghidup dan satu rahmat yang tidak boleh diukur.

Secara tidak sedar. Penulisan kali ini makin panjang tanpa saya perasan tengah sedap menaip.

Itu sahaja bebelan tinta saya untuk kali ini. Sekian dari admin bssilver- superman ;-)

Comments

Popular Posts