Ramadhan Beransur

Sudah 25 hari kita berpuasa. Masihkah ada lagi keampunan buat kita?

Moga-moga kita berjaya mendapat keampunan daripada Allah selepas berlalunya Ramadhan ini.

Lagi 4 hari lagi Insyaallah kita akan berhari raya. Sudah cukupkah amal kita?

Biarlah kita berbaik sangka dengan Allah setelah sebulan digandakan pahala setiap amalan soleh.

Semoga Puasa hari ini lebih baik dari semalam.

Di pagi yang permai sebelum saya melakukan kerja rutin, saya terfikir tentang beberapa perkara. Adakah masih ada ramdhan lagi buat kita?

Dunia kini menghampiri peperangan yang melibatkan Israel dan Amerika dengan dunia Islam. Dunia Islam pun makin kuat berkocak seluruh dunia.

Badai yang melanda di Palestin pun belum reda. Lagi pula di Afghanistan seolah-olah hilang dari peta dunia. Iraq pula lesap dari ingatan kita. Dan teringin saya pesan sesuatu di pagi ini kepada sidang pembaca.

1. BERILMULAH

Insyaallah, kita yang muda ini gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu. Ilmu itulah sebenarnya yang akan 'membeli' wang. Janganlah risau tentang wang dan kerjaya yang mungkin meninggalkan kita apabila menuntut ilmu.

Kerana ilmu itu nanti yang akan membela keluarga anda. Tidak kira keluarga anda kaya atau miskin. Kerana ilmu yang akan mengangkat martabat seseorang. Bukan harta.

2. BANTULAH KELUARGA

Walaupun anda sebenarnya dilahirkan dari keluarga yang sukar dan tiada agama yang kukuh. Itu bukan salah ibubapa anda. Itu adalah dugaan buat anda. Bangkitlah perlahan-lahan dan keluarlah. Jika terasa penat dan mahu menangis. Menangislah. Dan berdoalah semula kepada Allah agar dipermudahkan untuk menjadi insan yang berguna agar dapat membela keluarga.

Kalau terasa sukar untuk teruskan perjuangan menuntut ilmu di tengah-tengah kemelut keluarga. Ukirlah senyuman kerana ada energi di situ yang kan melepaskan tenaga yang positif untuk menguatkan diri anda. Berdoalah agar Ibubapa anda selamat di dunia dan akhirat.

Sungguh tidak semua keluarga mempunyai sama masalah. Malahan boleh dikatakan ramai orang gagal dalam hidup adalah berpunca dari keluarga yang bermasalah. Justeru, jika anda mampu menentang kemelut dan meneutralkan masalah keluarga ini seterusnya anda berjaya dalam hidup. Anda adalah 1 dalam 1000. Anda adalah pemenang..

Usah hiraukan orang disekeliling yang mempunyai keluarga yang mendorong untuk anda berjaya. Kerana mereka bukan anda. Dan anda beruntung kerana dipilih oleh Allah sebagai orang YANG LAYAK menghadapi kemelut keluarga kerana kemelut keluarga adalah paling sukar dalam pembangunan diri seseorang insan.

Tidak ramai orang faham maksud KEMELUT KELUARGA. Malah, ramai yang ambil remeh tentangnya. Sehinggakan hanya Keluarga Miskin sahaja dikategorikan sebagai kemelut keluarga. Institusi sekecil inilah nanti akan membentuk masyarakat, seterusnya akan membentuk negara. Masalah yang dihadapi oleh institusi ini seharusnya ditangani oleh bakal pengantin lagi tapi ramai tidak menyedari.

Begitu sahajalah tinta saya buat kali. lagipun saya perlu bersegera bersiap untuk berniaga kejap lagi. Oleh itu Selamat Beramal di Bulan Puasa :-)

Comments

Popular Posts