Selamat Hari Raya

Pagi-pagi yang buta ni. Nak tido rase tak boleh sebab tetibe nak update blog. tah nape. tak sanggup nak biarkan blog ni bersawang seminggu tanpa ucapan raya. Seminggu raya telah berlalu, semoga saya belum terlambat mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN !! kepada seluruh pembaca blog Tabir Hidup ini. Semoga korang tak jemu baca nukilan dari saya.

Memohon kemaafan

Jika saya ada salah dan silap kepda sesiapa sahaja, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekurangan dan dosa-dosa yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Jikalau saya ada terbajet bagus atau meninggi diri, kritik dan herdiklah diri ini. Semoga saya tidak tergolong dalam manusia yang disesatkan.

Entah malam ni mengantuk tapi tak boleh nak biarkan blog ni. Entah kenapa rsa sayang sangat kat blog ni. Macam blog ni hidup pulak.. Wahai blogku, aku mintak maaf kalau ada buat dosa kat kau tau..

Apelah saya merepek ni, mungkin kerana ni je laman sosial yang saya ada. Dan di sinilah saya cuba menajamkan segala bakat multimedia saya. Teringin juga nak buat blog baru yang lebih kepada Servis Multimedia tapi hati rasa berat nak tinggalkan blog ni. Ada juga individu yang mengajak buat blog yang lebih serius dan berkenaan islamik tapi diri saya tiada apa hendak diluahkan memandangkan latar belakang sekolah yang tidak berkaitan..

Dan saya juga mengharap kepada mana-mana individu yang masih menyimpan dendam untuk menyakiti diri, jiwa, dan jasad ini agar tampil dan saya sudah bersedia kerana tidak sanggup menanggung dosa saya ini ke akhirat. Jika saya ada terungkit kekurangan seseorang dibelakangnya, inilah yang paling saya harapkan kemaafan.

Ya, saya masih lagi seorang MANUSIA. Saya masih lagi berbuat dosa. Itulah saya.

Dan jika ada kekurangan saya untuk menjaga atau memberi perhatian kepada sesiapa yang memerlukan bantuan atau hak, tuntutlah segera daripada saya, semoga saya tidak dituntut di akhirat kelak. Sebagai insan yang lemah, saya tahu bantuan yang saya hulurkan amatlah sedikit dan tidak terdaya melawan kudrat Tuhan iaitu Allah.

Jika ada kawan-kawan diluar sana yang rasa saya bukan seorang kawan yang baik, maka saya setuju. Kerana kawan dan sahabat yang baik itu sukar dicari. Dan mungkin saya bukan seorang darinya. Juga terima kasih kerana sudi menjadi sahabat dan peneman mewarnai hidup yang saya rasakan penuh cahaya Ilahi dan jaringan ukhuwah yang tak kelihatan.

Jika saya bukan kawan dan sahabat yang boleh dibawa menangis, maka anda janganlah menangis untuk saya kelak. Kerana tangisan itu tiada nilai. Juga saya sebagai insan yang tidak terdaya telahpun memaafkan semua insan jika itu yang anda minta dari saya.

Jika saya mengganggu dan mengusik emosi teman-teman semua, saya benar-benar tidak berniat sepenuhnya melakukan di dalam sedar. Dan saya tahu emosi adalah perkara paling sensitif dan pantang dipermainkan. Maka, saya juga sekali lagi bersedia menerima hukuman itu.

Kepada rakan-rakan yang akan berjuang untuk Ijazah kelak, semoga meneruskan perjuangan dan walau apapun yang menimpa diri ini, janganlah menoleh dan teruskan berjuang. Kerana tolehan itu kan memperlambatkan kejayaanmu.

Kepada sesiapa juga yang cuba menerobos tembok peluang pekerjaan, bekerjalah dan berusahalah. Jika ada rasa susah hati dan penat lelah. Rehatlah dan imbaulah kenangan manismu agar senyuman kembali mekar di bibir dan bisa mnguatkan otot-ototmu kembali untuk terus berjuang demi diri, keluarga dan masyarakat.

Rasanya cukuplah saya menaip sampai di sini sahaja. Insyaallah jika diberi kelapangan saya berusaha untuk mengupdate post saya lagi. Berserta dengan ini, saya pamerkan kad ucapan raya yang saya bikin sendiri dan semoga menjadi tanda kemaafan dari lubuk hati.


Comments

Popular Posts