Kekalahan di Saat Terakhir...Perit!

Memetik daripada kata-kata seorang bintang bola sepak antarabangsa, Steven Gerrard (kapten Liverpool FC), beliau mendedahkan kekalahan Liverpool kepada AC Milan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2007 menjadikannya amat sukar untuk menerima hakikat malah kekalahan saat akhir seperti itu pernah mendorongnya untuk membunuh diri beberapa kali. Tetapi, beliau tidak melakukannya sehinggalah kita berjaya menyaksikannnya menjulang trofi Piala Liga musim lalu selepas Liverpool berhempas-pulas sehingga ke detik penalti yang dimenangi Liverpool. Akhirnya beliau berjaya menaikkan bulu roma semua penyokong Liverpool setelah 6 tahun kegagalan berterusan.

Kemarau trofi 6 tahun berturut-turut terlalu lama buat kelab besar seperti Liverpool. Riak wajah  kapten jelas terpancar kepuasan melunas dendam semasa menjulang trofi

Siapakah yang tidak pernah tewas saat akhir? Kalau ada, sila beritahu saya sekarang kerana saya masih belum menjumpai manusia seperti itu. Malahan Rasulullah SAW bersama-sama 700 tentera muslimin pernah tewas dalam Perang Uhud pada saat-saat akhir sedangkan kemenangan sudah di sebelah tangan. Ini berlaku akibat daripada kerakusan tentera yang berjaga di bukit untuk mengejar harta yang ditinggalkan tanpa perlindungan oleh tentera musyrikin.

Macam beriya-iya pula saya bercerita tentang kekalahan dan kemenangan pula ek.. Guruh tak ada, ribut tak ada tiba-tiba hujan.hehe.. Sebenarnya ni post ini saya dah lama taip sejak diploma awal tahun ni tapi lupa nak post kan. Terperangkap dalam draft. Jadi, saya sengaja edit balik dan postkan semula hari ini.

Jadi, kalau kalah saat akhir apa yang berlaku? Tiada apa-apa. Anda cuma menemui cara untuk tidak gagal. Itu sahaja. Mudah kan? Saya pun beberapa kali mengalami kekalahan pada saat-saat terakhir dikala kemenangan sudah hampir digenggam seperti pertandingan-pertandingan yang pernah disertai di sekolah dan di UiTM juga. Akhirnya, saya pun simpulkan bahawa saya tidak gagal sebaliknya saya sudahpun berjaya ke peringkat tertinggi dan berjaya menemui cara untuk tidak gagal.

Ok, tu je lah yang boleh saya bebelkan. Jadi saya perlu keluar sekarang untuk menemani mak untuk membeli bahan mentah untuk dapur. Kalau saya tak pergi, kang kebulur baru padan muke..hihihi

Comments

Popular Posts