PENGENALAN DIPLOMA BUILDING SURVEY!

Bismillahirrahmanirarhim.. Kali ini saya akan memperkenalkan knowledge of building surveying in Malaysia tetapi untuk peringkat diploma. Saya akan mulakan dengan bahagian yang paling mudah dan paling rendah sebagai medium pengantar informasi kepada pihak yang baru mengenali bidang ini.

      Untuk pengetahuan pembaca sekalian, building survey adalah satu bidang yang mengawal kesihatan, keselamatan dan sistem yang digunakan dalam sesebuah bangunan. Untuk rujukan, saya akan sertakan kemudian kerana masa yang mencemburui. Senang kata, BUILDING SURVEYOR is A DOCTOR OF BUILDING. Dalam situasi pembinaan di Malaysia, budaya keselamatan dan keadaan bangunan masih lemah dan situasi ini tidak patut dilihat dalam keadaan fizikal Malaysia yang sedang membangun banyak bangunan-bangunan pencakar langit.

Pemandangan di selatan tanah air.

        Setiap bangunan memerlukan penjagaan dan juga penyelenggaraan seperti juga kenderaan anda. Jika lebih besar saiz dan kuasa kereta anda maka sudah tentu perlukan perhatian dan penjagaan yang optimum kan? Jika tidak diberi perhatian mestilah ia akan meragam dan hasilnya kita akan kehilangan fungsi asal kereta tersebut.  Begitulah jua dengan bangunan. Bangunan terdiri daripada TUJUH (7) kategori yang mengasingkan fungsi dan bentuknya samalah jua seperti kenderaan tadi:
1. Residential (kediaman)
2. Institutional (Sekolah, Kolej, dsb)
3. Offices (Pejabat)
4. Halls (Dewan)
5. Factories and Workshop (Kilang dan bengkel)
6. Warehouse and Stores (Gudang dan storan)
7. Shops (Kedai)

        Justeru, tidak hairanlah kita memerlukan ramai pakar yang akan mampu mengenalpasti dan memberi khidmat kepada hampir semua masalah pada bangunan yang tersenarai di atas. Sama ada ianya berkaitan struktur, elektrikal, mekanikal dan juga teknologi. Di sinilah wujudnya BUILDING SURVEY ataupun Ukur Bangunan untuk menghapus permasalahan pada tempoh pembinaan bangunan sama ada SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS pembinaan bangunan. Kenapa perlukan 3 peringkat ini? Sebenarnya, permasalahan bangunan perlu dikenalpasti melalui peringkat sebelum pembinaan lagi. Samalah jua jika anda datang ke klinik untuk memeriksa sakit anda, berkemungkinan doktor akan menanyakan apakah yang anda makan sebelum itu, apakah anda mewarisi penyakit daripada ibu bapa. Tetapi mungkin untuk penyakit yang kronik sahaja kot. Kalau ringan sahaja pasti akan diberi ubat dan nasihat.

         Disini saya sertakan beberapa standard sukatan pengajian pelajar Ukur Bangunan di Malaysia untuk di kupas lagi dalam post saya yang seterusnya..
1. Building Construction
2. Land Surveying
3. Economics
4. Legal Studies
5. Material Properties
6. Environmental Technology and Services
7. Structural Engineering
8. Computer Aided Design (CAD)
9. Building Surveying and Maintenance
10. Building Design
11. Measurement and Estimating
12. Fundamentals of Entrepreneurship
13. Contract and Construction Management
14. Building Maintenance and Management
15. Building Control
16. Property Management
17. Integrated Final Project

Rasanya sudah cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan mengenai Profesion Ukur Bangunan di Malaysia. Lanjutan lebih detail tentang peranan Ukur Bangunan akan saya huraikan setiap satu daripada 17 tajuk di atas.

Comments

  1. selepas ambik diploma ni boleh x smbung degree architecture??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh
      tapi degree architecture boleh sambung building survey

      Delete
  2. Kalau nak sambung degree in Quantity Surveying boleh tak?

    ReplyDelete
  3. Kalau degree archi (IPTA/IPTS) boleh buat x building survey? Mana bagus buat post grad diploma or Bachelor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari archi nak sambung bldg survey boleh
      selalunya bila dh dpt degree PART 1, boleh sambung master. Building technology.

      Delete
  4. lesson plan dia macam mana ye?ade belajar subject ape?and degree punya macamna?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts