BICARAKU

Huargh.. Pukul 5.35am? Alamak dah lambat! Bingkas aku bangun dari tempat beradu yang selesa dan menuju ke bilik mandi yang amat sejuk. Selesai mengenakan baju melayu aku lekas turun ke bawah dan menghidupkan enjin kereta. Tiba di perkarangan surau pada jam 5.45a.m syukur jemaah belum memulakan solat Subuh lagi..

Aduh! mana kopiah aku? Ini la akibat dah lama tak solat Subuh berjemaah. Aku terus selamba melangkah masuk ke dalam ruangan surau walau terdetik rasa janggal kerana rambut masih terbasah dek kerana baru mandi. Hehehe.. Itulah dia rutin pagi aku semasa cuti semester kerana aku tak terbiasa bangun lewat walaupun tidur lewat.

Jadi dengan solat Subuh berjemaah, kita dapat kekuatan baru untuk memulakan hari yang indah dan ceria. Selepas tragedi 'rambut basah' aku pun mula mengatur persiapan agar tak berlaku lagi kesilapan itu. Hari seterusnya aku berjaya memakai yang lengkap dan penuh yakin tapi harapnya tidak berlaku riak disini. Nauzubillah..

Setakat ini, aku masih lagi mencari-cari apakah perkara berfaedah yang boleh dilakukan agar waktu senggang sebegini tidak disia-siakan agar waktu mudaku penuh dengan pengisian ilmu dan kegembiraan yang diredhai. Nampaknya sudah lama aku tak meng-update blog ni dan diharap kali ini aku menjadi lebih rajin disamping berkongsi ilmu dengan member2 blog yang tak berapa nak ada.

Waktu yang ada ni aku nak mengucapkan semoga berjaya dalam keputusan peperiksaan yang bakal keluar kelak terutama member2 seperjuangan iaitu Faisal Hafiz (Legend), Zarul (Perfect), dan Amy (Maharaja). Diharap kamu semua bisa baik2 aja ya.. Tidak lupa juga kepada Abang Long Kerol yang sangat baik hati menjemput diri ini ke majlis tahlil arwah bapa saudaranya di JB. Ok guys.. All the best and wish good lunch.. oops.. good luck..

Comments

Popular Posts