Ada kerja Ada hasilnya.

Blog yang bakal dilancarkan
Dalam setiap pekerjaan yang dilakukan oleh kita, akan ada balasan yang setimpal dan sebaik-baik pemberi balasan adalah Allah Yang Maha Adil. Begitulah ungkapan yang perlu disematkan dalam setiap perkara yang dilakukan oleh kita. Jika anda seorang pengamal profesion seperti doktor, jurutera, juruukur, akauntan mahupun juruteknik maka hendaklah mengukur sejauh manakah hasil anda memberi perkhidmatan dan produk anda dalam setiap tugasan.

Dalam pekerjaan sebegini, hasil prestasi anda diukur melalui dua (2) perkara; Standard Kualiti dan Standard Perkhidmatan.

Standard Kualiti adalah satu ukuran sejauh manakah keberkesanan produk yang anda berikan. Sebagai contoh, jika anda seorang penjual nasi lemak, maka nasi lemak anda dinilai oleh pelanggan melalui betapa sedap nasi lemak yang anda jual. Sambal mestilah banyak (ikut selera saya), dan paling penting nasi mestilah harum dan ada rasa. Tetapi jika anda seorang Juruukur Bangunan, maka penghasilan repot yang mempunyai data yang padat, lengkap, dan mudah difahami oleh pelanggan adalah sangat penting (saya pun tak tahu jika repot saya ok atau tidak).

Standard Perkhidmatan pula merupakan satu ukuran untuk menilai bagaimanakah cara anda menyelesaikan kerja dan komunikasi antara anda dan pelanggan. Contoh yang paling jelas seperti yang kita dapat lihat pada sebilangan agen jualan langsung yang begitu hebat mejual produk mereka dengan melemparkan senyuman yang manis, petah berbicara, dan pujian setinggi langit kepada pelanggan. Sudah tentu bagi pelanggan yang sukakan perkhidmatan yang memuaskan akan terus mencuba produk tersebut walaupun hasilnya sekadar indah khabar dari rupa.. Contoh yang lain anda boleh cernakan sendiri melalui pemerhatian anda.

Sebenarnya apa yang saya hendak utarakan dalam post saya kali ini adalah mengenai usaha saya sepanjang cuti ini yang akhirnya membuahkan hasil! Janganlah terlalu suspen pula ya. Sebenarnya semalam adalah hari gaji saya. Yeay..! Setelah hidup 2 minggu kesempitan wang dan mengenepikan keseronokan dunia, akhirnya bapaku yang budiman lagi bijaksana telah memberi wang hasil dedikasiku terhadap perniagaan beliau. Alhamdulillah, walaupun tidak sebanyak mana tapi cukup bermakna untuk saya keluar di hari minggu untuk membeli peralatan sukan kegemaranku yang semangnya agak mahal.

Picture diatas dibuat oleh saya untuk mempromosikan blog milik kedai Dream Bundle setelah didorong oleh ayah agar buat sesuatu tanpa disuruh. Maka, saya bina blog dreambundle.blogspot.com diluar pengetahuannya tetapi diatas kerjasama Kak Aan dan Wan (staff terhormat DreamBundle) memudahkan lagi pembinaan blog ini tetapi masih lagi belum dapat digunakan keran belum siap lagi.

Sebenarnya pic di atas bukanlah logo sebenar tetapi sekadar imaginasi saya sahaja kerana terlalu banyak masa lapang untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Jadi haraplah jangan disamakan dengan trademark 'DreamWorks' kerana tiada niat hamba malahan hamba ini baru sahaja perasan akan persamaan mereka. Mohon maaf sekali lagi dan jumpa lagi.

Comments

Popular Posts