CUTI YANG BOSAN

Liverpool my favourite-Sekadar Hiasan
Macam biase rutin aku adalah membaca berita mengenai LIVERPOOL, jaga kedai DREAM BUNDLE milik ayahku pada sebelah malam dan membantu ibuku membaiki payung terjun..silap.. membantu di dapur. Kesian beliau, selalunya kakakku yang akan membantunya tapi sebagai anak lelaki yang tak berapa nak rajin tetap gagahkan diri menawarkan bantuan walaupun sering terluka dengan ketajaman pisau yang memang tak tajam pun.

Kakakku sedang menghadapi minggu ke-6 di sebuah IPTA di Gombak. Jadi aku pun mengambil alih tampuk pimpinannya di dapur walaupun jauh kalau nak dibandingkan dengannya apatah lagi sehandal Chef Ismail dan Chef Wan.. Tapi sebagai seorang yang kuat makan aku mesti bertanggungjawab dan berjuang demi perutku yang kian sengsara kebuluran.

Cuti semester sepatutnya adalah peluang aku untuk mengemaskini blog aku yang tak berapa nak menarik. Dengan ini, aku akan melancarkan serangan blog ke serata dunia. Muahahahah.. Sebenarnya, kali ini saya akan menunaikan hajat beberapa orang member bloggers yang mahu dedah skop kerja Building Survey.. Jadi saya akan dedahkan secara berperingkat sebagai niat murni saya untuk memperjuangkan hak BS di Malaysia. Mohon doanya.. Ameen.

Comments

Popular Posts