Latar Belakang Keluarga Penyumbang Belajar Bagus?
Assalamualaikum semua..
Hei, apa khabar yang tengah mengadap depan komputer tu? Sudah makan? Solat?
Pasti korang pernah dengar lagu "Keluarga Bahagia" dendangan kumpulan Saujana kan..Lagu mereka masa tu memang tiptop di hujung-hujung 90-an. Di bawah ini adalah intro, cuba hayati dan perhatikan puisi itu:
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Kan? Memang menyengat kan? Dari situ kita paham bahawa si penulis lirik nak kita tahu alangkah tenangnya minda dan alangkah bahagianya kasih sayang yang melimpah. Terutama daripada keluarga kita sendiri.
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia
Alangkah terseksanya jiwa kita jika keluarga yang berpecah-belah. Nak belajar pun asyik terganggu dengan ingatan kita terhadap ibu bapa. Hebat dan kaya raya mana pun sesuatu keluarga itu tidak guna jika keluarga itu asyik bertengkar dan mencari silap sesama sendiri.
Rosak acuan, rosaklah kuih. Mana mungkin acuan yang telah rosak menghasilkan kuih yang cantik. Perlukah kita mengatakan tidak semestinya keluarga yang kacau-bilau tidak semestinya akan menghasilkan pelajar yang teruk dan menuding jari kepada mereka bahawa itu pilihan semata-mata? Pernahkah itu berlaku kepada diri kita.
Satu tajuk Tesis bertajuk Isu-isu Sosial oleh Hamidah (2003) telah diselongkar oleh saya dan banyak menyokong pendapat saya dalam membuka isu ini. Boleh google "keluarg bermasalah" dan klik kat link no tujuh. Kebanyakan kes keluarga adalah berkenaan penceraian yang mana ia didominasi oleh kekurangan didikan agama oleh suami dan isteri. Akibatnya akan diwarisi oleh anak dimana mereka akan memberontak dan merasakan dunia ini tidak adil. Mereka menyalahkan ketentuan kerana mereka disemai kebencian sejak dalam institusi keluarga lagi.
Hujah di atas menunjukkan bahawa jika keluarga sendiri pun sudah kacau bilau bolehkah kita terus menuding jari ke atas insan bermasalah bernama pelajar ini? Akan tetapi, tetap ada segelintir pelajar yang mempunyai keteguhan hati oleh Allah untuk melalui semua ini meskipun menyaksikan pertengkaran antara dua insan yang paling dia sayang di depan mata lalu menggenggam hati yang luka dan bangkit menguasai iman dan akal untuk terus menggapai kejayaan.
Saya merujuk kepada satu blog di mana:

- Pengalihan tanggungjawab sebagai orang tua, baik kepada pembantu rumah tangga, babysitter, sekolah atau keluarga yang lain.
- Sikap dari orang tua yang berlebihan atau tidak pada porsinya. Misalkan terlalu melindungi, terlalu bebas, terlalu keras bahkan ambisi orang tua yang dibebankan pada anak.
- Banyaknya kata-kata “negatif” yang diucapkan orang tua kepada anak.
- Tidak adanya “QUALITY TIME” antara orang tua dan anak. Sehingga anak “kekurangan” kenangan indah akan orang tuanya.
- Orang tua yang tidak ”open mind” terhadap anaknya.
Selain itu, bagi saya didikan agama adalah yang paling kuat untuk kita terapkan kedalam diri anak-anak. Pendapat saya adalah kita hendaklah apabila sudah mempunyai anak walaupun belum mumaiz lagi hendaklah diajarkan tentang Siapakah TUHAN kita iaitu Allah. Apakah yang Allah mahu dan tidak mahu kita lakukan.
Sekurang-kurangnya berceritalah sedikit-sedikit tentang sirah Rasulullah SAW setiap hari jika mampu. Jika tidak mampu, carilah masa yang berkualiti. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga. Ingatlah, jika anak itu sudah besar jika tidak dididik dengan betul alangkah ruginya beliau masa kecil. Sudahlah dihidangkan dengan kata-kata caci maki dan tumbuk terajang sejak kecil. Ilmu agama dan pembelajaran adab dan perkara asas fardu ain tidak diberikan pula. ALANGKAH MALUNYA anak itu nanti jika dia berdepan dengan rakan-rakan yang lebih sihat minda mereka!! Sudah pasti ini adalah salah institusi keluarga.
Usah salahkan media yang tahu kejar hiburan. Usah salahkan masyarakat yang tidak endah. Usah salahkan kerajaan yang tidak peka. Sampai bilapun kita takkan menutup kelopongan dalam masyarakat ini.
Lihatlah baru-baru ini seorang bekas pelajar Malaysia yang pernah belajar di Turki. Assyahid Ahmad Ammar. Lihatlah latar belakang keluarga beliau. Taiplah di Youtube dan saksikan perjalanan arwah dalam sumbangannya kepada masyarakat dan pencapaiannya. Al-Fatihah. Juga jangan lupa siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh putera kepada seorang pemimpin bernama Sultan Murad yang dikenali sebagai seorang yang soleh dimana telah melantik seorang Ulama untuk mengajarkan Muhammad Al-Fateh ini tentang agama sehingga dewasa. Juga dilantik seorang Panglima perang untuk mengajarnya tentang dunia peperangan. Lihatlah mereka! Siapakah keluarga mereka?
Dalam kelam kelibut ini sempat juga saya menulis kerana perasaan ingin menyampaikan dakwah dan peringatan kepada diri saya dan kita semua. Semoga dalam kesibukan dan kebuntuan menyiapkan tesis dan design work dibantu oleh Allah. InshaaAllah..
Sekian dari admin bssilver- Superman ;-)
Comments
Post a Comment
KOMEN