Entry Sebab MALU TERAMAT
Bismillahirrahmanirrahim...
First of all, jangan la melakukan dosa dan kesalahan yang membuatkan kita rasa serba salah dengan Allah.
Peringatan untuk diri sendiri juga..
Setakat ni saya rasa seolah-olah jika saya berbuat dosa mesti dibalas directly pada masa yang terdekat. Saya tahu juga ada sesetengah daripada anda juga mengalami begitu. So, bersyukur kerana Allah ingat pada kita dan hendak kita sentiasa ingat kepadaNya kerana limpahan kasih sayangnya.
Well, saya berharap semasa saya tulis entry ni, saya dapat galakkan diri saya agar jangan mengulangi kesilapan lampau yang diulang-ulang.. saya adalah hamba yang berlaku khilaf dan dosa sekali lagi mengajak kita semua berdoa kepada Allah agar diri kita sentiasa bersih dalam erti kata lain insafi diri.
Biasalah sebagai seorang manusia hidup di penghujung zaman ni mesti rasa kosong dalam diri so rasa nak enjoy-enjoy tak boleh nak halang. Jadi, macam biasa mesti kita lakukan sesuatu berlebihan. Di kala itu saya merasa sangat berdosa dan berharap dapat kawal diri. Sebab sebelum ni dah rasa Allah balas secara langsung dan musibah pasti menimpa saat terdekat. Tapi, still lagi rasa kurang insaf. Tapi dapat rasa balasan Dia yang Maha Kaya.
Subuh tadi, jemaah di surau. Bila dilantik jadi imam sebagai seorang lelaki mukmin mesti la bersedia betol kan. Janganlah bertolak-tolak melainkan yakin ada orang yang lebih pakar dan alim dalam kalangan jemaah. Macam biasa, punyalah nak fokus bacaan surah dan tajwid2 semua tu.
Tibalah sampai duduk tahiyat akhir, PAPPPP!!!
"Subhanaallah, aku lupe doa qunut wei!! Patutlah rasa tak sedap ni...eii malu, malu.."
Jadi saya pun gantikan dengan sujud Sahwi dua kali sebelum bagi salam. Nasib baik makmum tak buat niat mufaraqah (keluar dari jemaah) sebab hilang keyakinan. Pastu macam biasa saya baca doa ringkas dan bersalam dengan makmum (sempat bilal senyum penuh makna salam saya). dannn..OUTTTT..
Blah la nak tunggu apa lagi wei. Ya Allah tuhan jelah tahu betapa malunya aku masa tu..
Tiba-tiba saya teringat perkara kesalahan yang saya lakukan. "Oh, inilah caranya Dia mengingatkan aku"
Lepas ni serius dah tak sanggup nak mendosakan diri dengan perkara-perkara remeh budak nakal ni.. Aku ada benda lebih serius dengan Allah janganlah ada perkara jengkel merosakkan hubungan aku dengannya.. Sekian dari admin bssilver-Superman;-)
Em... kalau sorg2 xde plak tersalah mcm ni... prnah ad pngalaman camni jugak...
ReplyDelete