Ulangtahun kelahiran saya



22 Tahun Umur ku sudaa..

Terima kasih pada yang wish. Saya takkan lupa.
 
Kali ni saya tak berapa nak sambut besday sendiri dan saya tak mahu bagitahu sesiapa pun tambahan pula takde Facebook lagi la tiada siapa yang tahu bila besday saya.

Cukup dah 22 tahun saya hidup Alhamdulillah Tuhan telah berikan nikmat yang begitu melimpah ruah kepada saya. Tak tahulah tapi memang takde mood nak sambut besday memandangkan umur pun dah banyak.

Sayu….

Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang telah menjadikan jalan yang begitu cantik bagiku. Dia telah memberikanku sebuah ‘kereta’ yakni umur untuk aku melalui jalan itu.

Tiba-tiba dia berikan hujan. Aku akan basah! Tapi Dia berikan ‘wiper’ (penggilap cermin) untuk aku terus meredah hujan itu. Walaupun tak nampak sangat tapi cukuplah untuk melihat jalan dihadapan 
saja.

Tiba-tiba malam. Aku tak nampak! Tapi Dia bagi ‘lampu tuju’. Bolehlah aku lihat waktu malam. Memang kurang  nampak tapi setakat Nampak jalan, keretaku masih boleh bergerak sekurang-kurangnya.

Jauh berjalan dengan hujan dan malam. Entah di mana aku?

Tiba-tiba pagi. Aku dah sampai ke sebuah perkampungan! Aku menarik nafas lega… Tak sangka sampai juga aku ke kampung yang damai ini. Di sinilah aku menemukan kesyukuran dan betapa dia akan memberikanku kelengkapan menghadapi hidup ini.

Tapi aku masih perlu berjalan. Ya, ke jalanraya yang ngeri itu. Kerana ini bukan tempatku.
Kali ini jalannya bengkang-bengkok. Dia berikan ku ‘Power Steering’ untuk aku kekiri dan kekanan mengelak. Sebabnya jalan itu banyak pergunungan. Takkan mahu ditarah? Jadi elok juga berliku.

Sekali lagi jalanraya kali ini tidak bertar. Penuh batu. Kereta mungkin akan rosak. Tapi dia berikan aku ‘absorber’. Jadi kereta aku stabil tidak melambung melampau.

Kini aku dah sampai ke sebuah perkampungan seterusnya. Di sini orang tidak ramah. Tapi bagusnya kekayaan dan tanaman melimpah ruah. Sekalipun tiada siapa yang kukenal dan kupercayai tapi kesyukuran itu tetap ada. Kerana Dia telah memberikanku suatu destinasi yang mana akan mengajarku erti kesabaran.

Aku bersyukur Dia memberikanku berbagai-bagai jenis halangan cubaan dan halangan. Tapi Dia tak akan biarkan begitu. Pasti Dia bekalkan senjata dan kelengkapan untuk aku harunginya. Tak ramai diantara kita tahu apakah yang akan datang di hadapan apabila melihatkan diri kita keseorangan dan dicubakan dengan pelbagai kesukaran.

Tapi tahukah kita? Kesusahan kini sebenarnya bertujuan untuk menganugerahkan kita kelengkapan agar masa depan kita lebih lengkap. THE END..
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­_____________________________________________________________

Dah penat saya bercerita ni, air takde ke? Haus beb. Takpe nasib baik air mineral cap DESA ni menghilangkan dahaga saya…kui..kui..kui.. Ok semoga perkongsian kali ini menyedarkan kita tentang umur yang kita gunakan. Jangan hepi sangat nak selebret besday sampai pengisian umur kita tah mana kan? Uhum..saya pun tak tahu apakah amalan saya selepas 22tahun hidup.
Sekian dari saya admin bssilver- Superman ;-)

P/S: Takut nak balik Shah Alam sampai demam-demam masa drive hari sabtu. Masa jammed memang sakit tapi Alhamdulillah masa malam pertama kat umah sewa dah sihat. Kena hon jugak sebab kereta asyik masuk line orang je..huhuu

Comments

Popular Posts