Coretan Sabtu Ala-ala Novel Gitu.
Hari ini merupakan cuti hujung minggu yang
pertama di Shah Alam. Semua budak rumah aku memang ‘hilang’. Ada hilang tanpa
khabar berita, hilang kerana pulang ke rumah, dan hilang dihanyut mimpi di
siang hari. Kalau difikirkan balik macam tak lojik budak-budak ni hilang dengan
jumlah penghuni rumah sewa seramai 14 orang. Sunyi macam rumah tinggal.
Aku fikir kalau nak tunggu petang memang macam
patung bernyawa memang jawapannya adalah tidak. Rugi yang amat.
“PRAPP!!” satu bunyi kedengaran setelah aku
bangkit dari tempat aku bertapa dari tadi.
“Alamak, bunyi apa pulak ni?” aku dapat
mengagak sesuatu.
Rupa-rupanya aku terpijak cermin mata yang
menjadi trend aku sejak sekian lama. Cermin mata berbingkai merah itu menjadi identitiku
sejak diploma lagi sudah musnah! Bingkainya yang sedikit tebal menjadikan aku
sebagai ikutan rakan-rakan. Aku mungkin perasan dengan diri sendiri tapi sejak
aku memakainya, cermin mata gaya sebegitu menjadi ikutan rakan-rakan.
Menyebabkan kami jadi satu spesies!
Spec macam ni da boleh letak dalam muzium dah |
“Ini tandanya aku dah tak sesuai pakai spec ni
lagi lkot. Lagipun lecturer asyik terkeliru je dengan gaya kitorang yang
sama” Aku masih lagi terkilan dengan pemergian cermin mata merah itu.
Aku mesej rakanku Zack untuk mengajaknya keluar
sambil shopping buku guna baucer Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bolehlah sebat spec
baru.
Tiada balasan.
Aku menunggu sehingga entah bagaimana boleh
pulak tertidur sekejap. Menguatkan lagi kepastian aku pun menelefonnya.
Baiklah, Zack rupanya tidak sihat.
“Hmm, kena bergerak secara solo ni” bingkas aku
bangun bersiap.
Sambil mencapai kunci kereta, aku mengambil beg
silang jenama Diesel dan mengisi BB1M ke dalam beg tersebut. Aku lajukan
langkah ke kereta kerana jam sudah melebihi pukul 11 pagi. Pasti ramai orang memenuhi
Aeon Bukit Raja jika aku lambat.
Sunyi betul. Tiada peneman kali ini.
Tapi aku sudah biasa begitu. Jika ditunggu pasti banyak kerja yang tak siap.
“Fuh, rezeki kau la Naz” kali ini aku
bernasib baik ada sebuah Myvi putih keluar dari parkirnya.
“Macam ni rupanya Aeon Bukit Raja, not bad”
lagakku mengalahkan Aaron Aziz.
“Ada Focus Point la, bagus juga kedai ni.
Dulu spec ni pun buat kat nama kedai macam ni”
Rasanya seperti aku seorang je dalam tu yang
jalan seorang diri. Semua berkeluarga, berteman, berkawan, beristeri, bersuami,
berkumpulan, berdua, bertiga dan macam-macam lagi yang ‘ber”.
Wau, cermin mata banyak trend baru. Ada yang
menggunakan plastic fleksibel. Kebanyakan macam fesyen Johnny Depp, bingkai
memenuhi kontur mata. Agak luas memenuhi ruang muka. Tapi aku dah tak ‘makan’
fesyen yang macam tu lagi. Mungkin kerana aku seorang yang tak suka
terikut-ikut fesyen terkini malah lebih mengagumi fesyen sendiri.
“Boleh jadi designer ni..kui..kui..kui..”
jari-jariku mula memilih jenis bingkai-bingkai yang sesuai.
Aku dah jumpa target! Tapi aku jual mahal kat
akak salesgirl tu. Tahulah taktik aku. Aku cakap kat dia aku cuma nak
tengok-tengok dulu sedangkan aku nak pergi tebus BB1M ni kat kedai buku MPH kat
tingkat atas kot-kot ada.
Sah, memang ada. Aku pun pergi la kat ruangan
yang tak da kaitan dengan program kursus aku. Semuanya mengenai kehidupan ,
agama dan masalah global. Aku tahu ramai sebenarnya tak expect aku suka
baca benda ni sebab perangai aku macam budak-budak di depan kawan-kawan sebaya. Peduli la kan? Asal ilmu bertambah.
Aku merangkul buku-buku yang sudah dikenalpasti
memang best dan letakkannya di atas sebuah timbunan buku-buku lain
kerana tiada meja disediakan. Maklumlah kalau pakai baucer ni, kenalah buat
kira-kira takut-takut terlebih.
“Ada dalam RM164, cukuplah guna baucer sebanyak
RM150 kot”
“Kalau digabung dengan Kad Diskaun Siswa
agaknya berapa dapat less?” Aku berbisik sendirian.
Zaman sekarang ni kenalah pandai berbelanja
terutama sebagai pelajar universiti lagipun sumber kewangan terhad. Lainlah
yang dapat biasiswa, untung la korang. Gunakan setiap sumber seperti baucer dan
kad diskaun sebaiknya kerana silap-silap tak payah keluar sesen pun beli barang
macam ni. Untung kan?
Kebanyakan aku ambil buku tulisan Ustaz Pahrol. Daripada ambil novel, ni lagi elok |
Tup tap akhirnya aku dapat harga RM147 gitu.
Banyak diskaun dapat. Lebihan RM100 baucer boleh lah aku simpan dahulu. Jumlah
baucer ni RM250. Sekarang guna RM150 tinggal lagi RM100. Tapi dapat pulak
baucer RM5 kerana berbelanja melebihi RM150. Ahh, memang tak percaya. Dah lama
terliur dengan buku-buku ni. Terlunas dendam bila dapat semua ni free macam tu
je.
“Nak plastic tak? Hari ini sabtu, hari tanpa
plastic.” Tanya si penjaga kaunter.
“Alamak, lupa pulak aku. Tapi nasib baik
bawa beg. Terselamat daripada kena beli plastik”
“Takpelah kak, saya bawa beg” Saya balas sopan-santun
macam berbalas pantun.
“Betul ke tak nak?” beliau meminta kepastian
kerana kehairanan melihat buku-buku agak berat.
“Yup” jawabku ringkas mematikan perbualan kami.
Aku sebenarnya memang tak sokong penggunaan
plastik berlebihan kerana seperti entri sebelum ini aku ada cerita pasal akibat
plastik. Mungkin dengar macam jengkel atau korang rasa aku cuma tak nak bayar
untuk harga plastik 20sen sehelai tu.
_____________________________________________________________________________
Aku dah sampai kat kedai cermin mata. Aku dah
pilih yang biasa-biasa. Tak perlu corak bagai-bagai. Simple, nice, trendy,
and handy. Itu prinsip aku kalau nak fesyen sangat. Lepas ni nak aku buat
tutorial fesyen tak? Takpe tak payah jawab.
“Kalau dah handsome, pakai apa pun smart”
Aku beranggapan begitu kerana konfiden yang amat tak boleh blah.
Setelah puas menghabiskan wang ringgit (untuk spec
je yang lain semua baucer) aku pun berjalan penuh gaya meninggalkan Aeon di
belakang menuju ke kereta seolah-olah ada letupan dibelakang macam dalam cerita
Power Rangers.
Habis.
Hari ini aku jalan sorang-sorang. Pukul 2
petang aku dah tinggalkan kawasan tu. Tak payah ikut member-member yang kalau
bersiap mengalahkan artis baru popular…hehe..
Petang ni tiada apa. Aku cuma menunggu malam
sambil menaip corat-coret di atas Word dan membelek-belek yang baru dibeli.
Sekian.
Comments
Post a Comment
KOMEN