Dugaan mendidik diri dan insan sekeliling
Tengah berada di dalam library. Buat assignment. Berhenti sejenak. Dapat idea. BLOGGING!!
Sebagai seorang pelajar Islam:
- Bila kita cuba mencegah mungkar, manusia akan cop kita baik. Automatically kita akan jadi PELIK dan jarang orang cuba rapat.
- Apabila kita nak sebarkan tentang Islam atau nak betulkan rakan-rakan. Rakan-rakan lain akan cerita pula tentang Islam yang dia tahu dan term-term yang sukar. Kita tidak tahu. Jadi kita tidak setaraf dan seolah-olah tidak layak berdakwah.
- Kita cuba amalkan yang makruf kerana tuntutan agama. Kita dicop sebagai Ustaz atau Ustazah. Bagaimana pula ikut ajaran Islam terus dipanggil Ustaz dan Ustazah. Mungkin buat jahat adalah normal?
Jadi bagaimana nak berdakwah?
Nak tahu bagaimana? Paling menduga dan mencabar iaitu mulakan dengan diri sendiri.
- Cuba elakkan buang masa seperti main game di hadapan kawan-kawan yang hendak di dakwah.
- Elakkan solat ketika hampir akhir waktu. Asas tapi kena letak paling atas sebenarnya.
- Mudahkan Islam. Jangan cerita benda yang kompleks. Mulakan dengan cerita pasal Islam tidak suka kekerasan, jangan sebarang menuduh/ fitnah. Banyakkan kerja-kerja baik dan menolong.
- Elakkan ekstrem seperti cerita pasal hadis-hadis seperti hadis dhoif, hadis hasan, hadis maudhu' dan hadis sahih. Sedangkan amalan wajib banyak kalangan kita tinggalkan lagikan cerita pasal amalan sunat. Sedih juga.
ILUVISLAM.COM |
Itu sahaja buat masa ini. Saya sedih melihat rakan-rakan kita yang tidak malu bercerita pasal pengetahuan Islam yang dimiliki. Kadang-kadang cerita pasal benda-benda kompleks yang saya sendiri pun jahil. Tapi realitinya tidak menampakkan Islam. Cuba sekadar pada ilmu. Subhanallah. Jauhkanlah aku dari azab kerana menyampaikan sesuatu yang tidak aku perbuat Ya Allah..
Comments
Post a Comment
KOMEN