VIVA Akhir Diploma BS


Semua pelajar latihan praktikal Diploma Ukur Bangunan sesi November 2011-April 2012 telah dimaklumkan bahawa VIVA telah dipinda daripada tarikh asal, 19 Mac 2012 ke tarikh seperti berikut: 

TARIKH : 23 MAC 2012 (Jumaat)

TEMPAT : BILIK-BILIK PENSYARAH(akan ditentukan kemudian)

HARI : JUMAAT

MASA : 9.00am hingga selesai


Semua rakan-rakan diseru agar buat yang terbaik kerana penangguhan ini ada hikmah dan kebaikannya untuk kita semua walaupun ada diantara kita telah membuat planning bermacam-macam pada minggu ini. Pada mulanya, saya pun terasa agak terkilan dengan tarikh baru ini. Setelah mengimbas semula repot saya, nyata ianya tidak mampu berada pada tahap memuaskan dan pembetulan adalah perlu.

Kadang-kadang geram juga bila baru perasan ada banyak kekurangan yang perlu ditutup cepat apabila viva ditangguhkan. Bukankah lebih senang hantar cepat-cepat supaya tak perasan kesalahan itu tadi. Upss, jangan salah tafsir. :p

Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua warga UiTM Perak yang bermula pada hari ini. Seperti yang saya tahu, ramai batch saya di sana akan menjawab kertas ENT/ETR 300 pada hari ini. Semoga berjaya dan jangan tidur lewat sangat.

Comments

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts