Hendak seribu daya, tidak seribu dalih

Bagi saya, kehidupan ini umpama hamparan kanvas bersaiz A0. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil rasanya. Kitalah yang mencorakkannya. Kita memilih warnanya. Kita yang memilih saiz berusnya. Tapi awas, setiap perbuatan kita akan akan terus-menerus mewarnai atas kanvas ini. Sedangkan jika kita bakal kehilangan ruang untuk terus melukis lagi. Hasilnya, kita akan menyesal atas perbuatan kita yang lepas. Kita terlalu ghairah memilih warna tanpa memikirkan ruang yang tidak begitu besar dan tidak begitu sempit ini.

Tapi ini pandangan saya terhadap usia muda yang ada pada kita. Ianya tidak akan kembali lagi. Selalu sukar membuat pilihan sehinggakan kita mengganggap usia muda adalah ‘tempoh percubaan’ atau ‘trial period’. Fulamak, dah macam antivirus computer pulak kan? (mamat ni poyo giler macam ahli falsafah pulak)..

Untuk pengetahuan sidang pembaca, kebanyakan penulisan blog saya adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan masyarakat majmuk dan tiada daya untuk saya menjadi cendekiawan mahupun menjadi pendakwah hebat kerana perangai dan tatabicara saya secara realitinya tidak boleh disamakan di dalam blog ini. Kalau tak percaya, tanyalah member2 saya ok..hehehe

Tup..tup. I was 21 now! Oh no… how can that be?

Oh yes..it already happened!!

I can’t believe it..

Bertarikh 4 Mac, ulangtahun kelahiran saya sudah 2 hari berlalu. Dan saya sendiri adalah orang kedua yang meng‘inform’ besday saya sendiri kerana sudah ada seseorang yang lebih prihatin telah mengingatkan sendiri besday saya dan mengabadikannya di dalam blog beliau. Yeah!! Glamer juga saya. (mamat ni memang hampeh ler) ;-P

First of all: Terima kasih yer awak..

Anyway, bercerita pasal kanvas tadi, rasanya orang dah tak guna dah untuk design ni. Sekarang kita guna Adobe Photoshop la weh. Kalau salah, boleh delete tau. Apa-apa pun, bercakap pasal soal hendak seribu daya, taknak seribu dalih; kita kalau nak berjaya, gunakanlah seribu kudrat walaupun pemalas seperti saya. Insyaallah, kalau dah pemalas sangat, dah gunakan seribu daya pun takkan la tak siap kerja tu..
Selamat beramal!

Comments

Popular Posts