Akhirnya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang hanya terdiri daripada rakan-rakan terdekat.

Lama benar saya tidak meng-update blog ini yang semakin lama semakin membosankan. Di sini ada beberapa kisah yang saya lalui yang saya mahu kongsikan bersama pembaca agar ianya tidak reput dimakan anai-anai zaman.

Menuju Semula ke Perak


Detik yang saya amat tunggu-tunggu.. Perjalanan ke Perak Darul Ridzuan selama kira-kira 6jam lebih benar-benar menguji kesabaran saya. Lebih-lebih lagi Wira 1.5L tidak dapat bersama saya dan penggantinya adalah sebuah 'jentera berat' kesayangan ayah.

Sebaik melepasi Tol Gopeng, hati ini benar-benar lega. Benarlah pepatah mengatakan "penantian suatu penyeksaan".

Sampai kat UiTM Perak, berderau juga darah masa tu. Banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan tapi agak spoil bila kena tahan dengan Polis Bantuan UiTM. Hmm.. Lepas tu apa lagi, terus la parking kat tepi badminton court yang tak pernah siap tu. Mungkin menggunakan teknologi terkini kot - Badminton Simulator?

Detik yang ditunggu sudah tiba.. saya menjejakkan kaki ke atas tanah UiTM Perak! Rindu benar rasanya. Saya pun mula melangkah menuju ke FSPU untuk berjumpa 3 pemuda kacak bernama Emy, Zarul dan Faisal. Dalam setiap langkahan memang ada kejanggalan. Saya kini menyarung pakaian syle student! Dah lama benar tak merasa.. Kasut futsal, seluar kargo, T-Shirt Nike dan kad matriks..beserta rambut tidak terurus. Tergelak saya bersendirian. Sudah biasa dengan gaya korporat berseluar slacks dan kemeja di JKR agaknya. Dengan perlahan-lahan saya buang gaya korporat dan menyerap semula tenaga student dalam diri..

Hepi Bufday


Selamat Ulangtahun Kelahiran. Maafkan saya sebab lambat wish. Insan biasa memang selalu lambat (alasan). Pada 23 Mac 1991, lahirlah seorang pelajar akauntan UiTM Perak. Beliau pernah wish saya dalam blog beliau. Semoga panjang umur dan sentiasa beroleh berkat dalam apa jua tindakan.. Segan la nak wish panjang2. ;-p
Thanks sangat pada hadiah yang terutama key chain yang comel tu..

Hepi Bufday Legend


Selamat hari kejadian juga pada Faisal Hafiz bin Anuar. Tanggal 26 Mac 1991, Lahirlah seorang pemuda kacak di Hospital Alor Setar. Lagenda ini merupakan seorang yang sangat disanjungi oleh kawan mahupun lawan kerana status L yang dipegangnya (L = Legend). Aku mendoakan kau mencapai apa yang kau rancangkan untuk masa depan, wahai sahabat. Macam2 yang kami lalui bersama. Paling tak boleh lupa, ketika kita dipilih UiTM Perak untuk berperang dalam pertandingan Invention, Innovation and Design 2010 di Shah Alam. Memang Tuhan jelah tahu. Tak lupa dengan video-video gila yang kita buat. Apa-apa pun lebih tahniah kepada kau sebab banyak conquer setiap projek kita.

6 Hari di Perak. berasa seperti tidak mahu pulang. Tapi apakan daya. Tanggungjawab dan misi masih jauh dari genggaman seorang insan bernama pra-graduan diploma Ukur Bangunan ini.

Saya menaip post ini dari ofis. Baru selesai jamuan untuk meraikan pelajar praktikal iaitu saya dan seorang lagi pelajar bernama Khairul Izzuaddin. Tak sangka. Sangat sebak sewaktu berucap tadi. Habis semua nama saya sebut dalam ofis tu. Maaf sebab lambat habiskan ucapan. Itulah, siapa suruh saya berucap tadi, memang kena lah dengan saya. Kelakar juga saya kutuk setiap orang dalam ucapan tadi. Tapi kutukan manja diselangi hurai tawa lah kan...

Akhir sekali,  Terima kasih kepada semua warga Bahagian Bangunan dan Senggara Negeri kerana bergabung meraikan kami berdua. Sebak dan kalau boleh nak juga mengalir air mata tapi orang lelaki kan, tak boleh la pulak. Nanti malu..

Itu sahaja coretan buat kali ini.. Terima kasih kerana membaca :-)

Comments

  1. thanks for da wishing friend...
    jaga dia baik2. bijak berbelanja terhadap cinta dan sebagainya k.. :)

    *teharu sebab nama ada lam official blog ni.. sebagai balasan aku akan memperkenalkan blog ni kepada all student bs in perak :)

    ReplyDelete
  2. hang perli ka?
    jangan la weh perkenalkan kt depa..
    aq nak wt senyap jela.
    Mgu dpn ada blog baru utk kita..
    bayang2 multimedia...
    coming soon

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts