Cerpen: Tabir Hidup #1

        "Hello, hang ada mana?" Farid bernada cemas.

        "Aku kat Annex lagi dengan budak-budak ni ha." balasku kehairanan.

        "Aku ada projek baik ni, untuk kita! Hang mai bilik aku dulu baru aku habaq."

        Aku semakin teruja dengan berita yang disampaikan. Dengan bergegas aku meninggalkan rakan-rakanku yang lain dan menuju ke Kolej Pasir Salak, asrama yang menempatkan dua jenis blok untuk siswa dan siswi UiTM Perak. Para siswa iaitu kaum adam ditempatkan di blok Bidara manakala kaum hawa menghuni blok Angsana. Sebenarnya UiTM Perak ni luas, almaklumlah kampus negeri terbesarlah katakan. Nak dijadikan cerita, banyak lagi kolej-kolej asrama selain kolej yang saya menginap.

         Setibanya di bilik aku terus bersiap sepantas yang mampu dan menapak secepat kilat ke arah bilik asrama Farid. Sambil aku berjalan, kepala aku tidak putus-putus memikirkan apa pula yang mahu dilakukannya kali ini. Dari nada suaranya, aku dapat menangkap sesuatu yang akan merubah hidup aku. Yang akan menjadikannya kenangan yang terbaik!

       "Weh, hang nak dengaq berita baik tak Zan?" Farid menyergah sebaik aku menolak daun pintu biliknya.

       "Hang cerita la, aku tak sabar dengar dah ni."

       "Kita dapat projek baik ni. Ini akan membuktikan keupayaan kita berdua. Kita berjaya mendapat tempat untuk tunjukkan kekuatan kita!"

        "Projek apa?" aku mula melihat masa depan.

        "Puan Fazilah panggil aku tadi masuk bilik dia."

        "Awat?" loghat utaraku semakin menjadi-jadi sejak bersahabat dengan Farid.

Comments

Popular Posts