Cara Guna Dobi Layan Diri

Dengan rasminya saya merasakan blog ni makin entry ke entry makin mengarut. Tidak bersifat ilmiah walau seinci. Jadi seperti dijanjikan oleh entry yang sebelum ini. Saya ada tersembul idea pelik nak tunjuk CARA-CARA MENGGUNAKAN DOBI LAYAN DIRI. Blog apakah ini? Oleh kerana ini blog personal jadi saya rasa saya akan post apa saja saya rasakan penting...hmmm

Seperti entry sebelum ini yang bercerita tentang orang salah nombor.. saya rasa suara itu suara classmate yang memang nak pekena bangbangboom gitu. Tapi malas nak fikir panjang tak perlulah layan kan..hehe. Ok saya sendiri pun rasa macam nak boom blog ni dengan stail penulisan yang semakin merudum. Jadi, Silakanlah baca enrty di bawah ok.

Cara-Cara Menggunakan Dobi Layan Diri

Ha..Pehal dobi. Sebab sebelum ni saya sendiri rasa pening nak gunakan takut-takut orang dok gelak macam Mr. Bean kalau sesiapa ada teringat tentang Episod Mr. Bean di kedai dobi. Tapi baru-baru ni saya ada menggunakan khidmat Mr. Bean Self-Service Laundry. Terlintas kat fikiran apakah jenis kepelikan ini yang meletakkan Mr.Bean sebagai maskot?

Sesiapa yang tak pernah masuk dobi layan diri, Inilah dia.
Perkara pertama yang saya fikir ketika masuk, dah masuk nanti nak buat apa? Kena pergi kaunter ke? Tapi kalau takde kaunter, nak keluar balik ke? Takut malu nanti sebab tak tahu apa-apa. Hujan emas di tempat orang hujan batu di rumah sendiri..macam takde kaitan. Baiklah, turutan seperti di bawah.

1. TUKAR DUIT SYILING KEPADA TOKEN

Anda tak boleh guna duit syiling biasa. biasanya ada mesin token. RM 1.00 = 1 token

Tukar syiling di sini
Harga pula bergantung pada berapa kilogram anda nak basuh. Biasanya saya akan ambil RM 5.00 bersamaan 10kg jika anda memilih cucian sejuk. Rujuk pada panduan dibawah..

Kalau baju berlambak ambillah yang 14kg. Yang sebelah kanan tu harga dryer.


2. MEMILIH MESIN BASUH

Amaran #1: jangan secukup rasa nak keluarkan baju yang dah siap dibasuh yang belum dituntut tuan empunya. Jika semua mesin basuh sudah penuh, tunggu 5 minit barulah baju yang tidak dituntut boleh dikeluarkan dari mesin yang sudah siap dibasuh kerana peraturannya begitu.

Amaran #2: Bezakan antara "Mesin basuh" dan "Pengering (dryer)" sebab dikhuatiri anda akan memalukan diri sendiri kerana Dryer sekadar mengeringkan peluh pada baju anda yang tidak wangi itu.

amekaw..siap lukis rajah nak bagi puas hati.
Fungsi dryer: Mengeringkan pakaian selepas dibasuh umpama dijemur dibawah sinaran terik mentari. Jadi, jimat masa dengan hanya dengan RM 4.00 sekali guna. Mudah kan? (ala-ala duta dobi gitu).

3. BAWA SENDIRI SABUN DAN PEWANGI

Saya nasihatkan cucu-cucu sekalian bawalah pencuci baju kerana majoriti dobi tidak menyertakan sekali sabun pencuci dan pewangi/ peluntur/ pelembut pakaian. Sebaliknya anda perlu membayar RM 1.00 bagi setiap produk di vending machine untuk mendapatkan sabun pencuci, pewangi dan sebagainya. Di tempat saya washing machine sudah disediakan bersama sabun pencuci didalamnya dan ianya percuma!

Vending Machine - Baik anda bawa sendiri serbuk pencuci

4. BASUH DAN KERINGKAN PAKAIAN ANDA!

Kalau taknak guna pengering lagi bagus. Membazir sebenarnya. Baik jemur di halaman anda dan gunakan sumber tenaga matahari. Barulah tenaga hijau..

Berikut antara perkara yang anda perlu ambil perhatian sebelum menggunakan mesin basuh. Malas nak taip punya pasal, saya upload sahaja imej gambar tanpa diedit untuk tatapan anda.



Klik pada gambar untuk zoom
Klik untuk zoom
 

Ok, setakat ini saja perkongsian yang tidak ada kaitan dengan bidang Building Survey. Walaupun saya tahu tanggungjawab saya adalah untuk membantu masyarakat memahami bidang Building Survey atau Ukur Bangunan tetapi saya beranggapan suatu hari nanti kelak saya akan mendalami lagi bidang itu dan mempromosikan dengan lebih teratur.

Sekian sahaja dari Admin Bssilver - Superman ;-)

Comments

  1. Entry ni da meluahkan ape dlm fikiran aku. 2x lalu depan dobi tu tapi x masuk pasal clueless & ramai plak org dlm tu. segan... hehe

    ReplyDelete
  2. Sebab tula sy post entry ni, dlu pn agak clueless ;-p

    ReplyDelete
  3. Waaa...entry ni mengelakkan aku dpd malu...harap belajar je tinggi..hehe..terimakasih..Skarang nak pergi hantar quilt gi dobi...

    ReplyDelete
  4. Sgt berguna.berguna . sy nk guna tp xtau.

    ReplyDelete
  5. Sgt berguna.berguna . sy nk guna tp xtau.

    ReplyDelete
  6. Taman dahlia dh ade 4 set dryer..baru je tambah bulan lepas..ak la yg install..hihi

    ReplyDelete
  7. Taman dahlia dh ade 4 set dryer..baru je tambah bulan lepas..ak la yg install..hihi

    ReplyDelete
  8. Kalu cadar baldu boleh tak boss?

    ReplyDelete
  9. Baju yg dibasuh tu dikeringkan mcm kat uma ke?hahaha tak pnh pegi sbb sgup biar baju selambak...hoho

    ReplyDelete
  10. I like your entry, it's hilarious though. I'm searching ways to use dobi jgk sbb xpernah try sendiri haha sbb nk masuk kolej

    ReplyDelete
  11. Semua kedai dobi layan diri sama ka harga koin dia ?

    ReplyDelete
  12. Wahh sangat mmbantu...sy pon xpenah cube agi..selama ni suh mmbe jer..ni mmbe xde...erm sush...tq so much..p/s:sy student bnyak na assignment,hjg mggu kje agi...xsmpat nk mmbasuh nih😅😂

    ReplyDelete
  13. kalau anda nak cari accounting system dengan automation yang secara percuma, anda boleh cari https://8wiser.my/xero-malaysia/

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN

Popular Posts